Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

AS Turunkan Kadar Faedah...

WASHINGTON - Amerika Syarikat telah mengurangkan kadar faedah kepada hampir sifar dan melancarkan...

Baca! Ini 7 Perangai...

KEHADIRAN pelancong di mana-mana negara biasanya akan membuatkan orang tempatan berasakan negara mereka memiliki...

Pekerja Sub Kontraktor TNB...

GEORGE TOWN - Seorang pekerja sub kontrak Tenaga Nasional Berhad (TNB) melecur di...

Anjing Selamatkan Nyawa Tuan...

SETIA hingga ke hujung nyawa, ini bukti kesetiaan seekor anjing kerana sanggup korbankan...

Ribuan Hadiri HPU UMNO-PAS Peringkat Terengganu

KUALA TERENGGANU – Ribuan hadirin membanjiri Stadium Negeri malam ini bagi menyaksikan Himpunan Penyatuan Ummah (HPU) UMNO-PAS Peringkat Terengganu.

Orang ramai dilihat mula membanjiri stadium ini seawal jam 6 petang tadi bagi menyaksikan detik bersejarah HPU UMNO dan PAS yang diadakan buat kali pertama di negeri ini.

Kebanyakan yang hadir mengenakan pakaian berwarna putih bagi menzahirkan sokongan terhadap semangat penyatuan antara dua parti besar Melayu, UMNO dan PAS.

HPU dihadiri kepimpinan tertinggi daripada kedua-dua parti iaitu Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Naib Presiden PAS, Idris Ahmad dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri.

Turut hadir ialah Pesuruhjaya PAS Terengganu, Senator Datuk Husain Awang dan Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Said.


HPU peringkat Terengganu dijadualkan bermula seawal jam 6 petang tadi dengan ketibaan tetamu jemputan dan hadirin dan dijangka tamat jam 11.45 malam.

Sebelum majlis berlangsung malam ini, kesemua yang hadir menunaikan solat Isyak dan solat hajat berjemaah di Stadium Negeri. – Sinar Harian

Kategori