Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

P.Pinang Cuma Beri Bonus...

GEORGE TOWN - Kerajaan DAP Pulau Pinang hari ini mengumumkan bonus RM2,000 hanya...

Gegar Vaganza: Rem Tak...

MINGGU ketiga Gegar Vaganza musim ketiga (GV3) menyaksikan perjuangan Rem Cassim terhenti selepas...

Israel Lulus Penempatan Haram...

BAITULMUQADDIS – Kerajaan Israel meluluskan pembinaan hampir 1,000 buah rumah untuk pendatang haram...

Kerajaan Belanja RM35 Bilion...

KUALA LUMPUR – Kerajaan membelanjakan sebanyak RM35.14 billion bagi kos pembinaan melibatkan 29...

Rezeki Durian Kampung Selepas Banjir

KAMPUNG GAJAH – Siapa sangka, banjir besar yang berlaku di sekitar Perak pada 2014 lalu membawa rezeki lumayan kepada pemilik dusun dan penjual durian di tempat ini.

Selepas lebih kurang tiga tahun hadir dengan hasil kurang menggalakkan, dusun yang ada tiba-tiba mengeluarkan buah tidak diduga banyaknya sehingga Kampung Gajah menjadi tumpuan ramai penduduk dari serata Malaysia.

Seorang pemilik dusun, Othman Ali Mohd. Hashim, 49, berkata, musim durian pada kali ini nampak menjadi apabila ramai pemilik dusun menerima limpahan rezeki yang tak diduga.

Katanya, hampir semua pemilik dusun di kampung ini dapat merasa hasil durian masing-masing.

“Kawasan ini dah jadi meriah balik sebab ramai orang yang datang beli dari merata tempat sampai buah tak cukup sebab yang beli itu bukan sikit-sikit.

“Bukan itu saja, keluarga yang jauh dan dekat pun datang secara tak langsung dapatlah bersembang sebab ada yang lama tak jumpa,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, terdapat pelbagai jenis durian kampung di sekitar Pasir Salak termasuklah durian kunyit, durian lumpur dalam, durian tako tambo, durian kaca puri dan durian hybrid seperti D24 dan durian udang merah.


Othman berkata, keenakan durian Pasir Salak tidak dapat menandingi rasa durian hybrid atau cantuman anak pokok kerana lebih berlemak dan bergas sehingga begitu disukai ramai.

“Harga boleh kata murah dan berpatutan kalau nak banding dengan harga buah durian kahwin yang sangat mahal. Di kawasan Pasir Salak ini harga jualan buah durian dari kami kepada peraih sekitar RM7 sekilogram bagi gred A.

“Manakala RM3 sekilogram bagi gred C tetapi harga jualan peraih atau penjual kepada pembeli antara RM12 hingga RM25 bergantung kepada peraih dan penjual,” katanya. – mStar Online

Kategori