Thursday, April 25, 2024

Creating liberating content

APM Hilir Perak Terima...

TELUK INTAN - Sebanyak 211 laporan membabitkan kes tangkapan ular diterima Angkatan Pertahanan...

Jutawan Bina Terowong Kerana...

MARYLAND - Seorang jutawan Amerika Syarikat (AS) bakal dihadapkan di mahkamah Jumaat ini...

Taiping Ketiga Paling Lestari...

BANDAR Taiping, Perak telah diiktiraf sebagai bandar ketiga paling lestari di dunia dalam...

Polis Rampas Syabu, Pil...

KUCHING - Polis menahan seorang wanita serta kenalannya seorang lelaki warga asing dan...

Restoran Muslim Saji Percuma Gelandangan Rai Krismas

LONDON – Pada Krismas ini, semua gelandangan dan warga tua di London berpeluang menikmati hidangan istimewa tiga sajian secara percuma – di sebuah restoran Turki milik pengusaha Muslim.

Inisiatif murni restoran tersebut begitu membanggakan dan benar-benar mencerminkan nilai-nilai agama Islam, apatah lagi di tengah-tengah sentimen anti terhadap penganut itu yang kian berleluasa di negara-negara Barat kini.

Menurut laporan stesen penyiaran antarabangsa CNN, restoran bernama Shish yang terletak di Burdett Road pinggir London itu malah menyediakan 66 tempat duduk yang akan dibuka sepanjang hari pada 25 Disember.

Hidangan secara tiga peringkat yang bakal disajikan dengan percuma itu pula cukup istimewa dan lumayan. Untuk pembuka menu, pelanggan terbabit menikmati sup dan cacik (sejenis makanan diperbuat daripada dadih) disajikan.

Ini diikuti dengan hidangan utama lain berupa menu daging ayam dan kaserol sayuran atau ayam shish yang agak terkenal dalam kalangan rakyat Turki sendiri. Untuk pencuci mulut pula, puding nasi disajikan sebagai penutup.

shish1

Poster-poster yang dilekatkan di restoran itu menyatakan bahawa insiatif berkenaan bertujuan bagi mendampingi pelanggan yang mungkin kesunyian semasa perayaan Krismas dan memberikan sedikit keceriaan kepada mereka.

“Tiada sesiapa duduk sendirian pada Hari Krismas! Kami di sini akan duduk bersama anda. Hidangan tiga sajian untuk gelandangan dan warga emas bermula 12 tengah hari hingga 6 petang,” menurut poster tersebut.

Seorang pekerja restoran Shish, Hasan Masud memberitahu: “Kami hanya mahu bantu mereka. Ramai duduk di rumah sendirian pada Krismas… mereka tidak perlu melakukan demikian. Mereka boleh ke sini dan berseronok.”

Menurut CNN, idea bagi inisiatif berkenaan tercetus apabila seorang wanita tua yang tinggal di kejiranan itu datang ke restoran tersebut dan meminta bantuan kerana tidak dapat menutup salah sebuah tingkap di rumahnya sendiri.


Pekerja Shish dengan rela hati membantu wanita itu dan dia kembali ke restoran berkenaan untuk mengucapkan terima kasih pada keesokan hari, serta kebetulan menyebut terpaksa menyambut Krismas bersendirian tahun ini.

shish2

Mendengar pengakuan wanita tersebut, pemilik restoran, Serdar Kigili terkenang ibunya di Turki, yang sudah lima tahun tidak dijenguknya. Lantas pihak pengurusan restoran kemudian mendapat idea untuk inisiatif berkenaan.

Salah seorang pengurus restoran itu, Irfan Can Genc berkata kepada CNN: “Ia bukan tentang isu agama, bahasa atau budaya. Ia tentang kisah segelintir masyarakat yang hidup mereka agak terpinggir tanpa perhatian sesiapa.”

Bahkan apa yang lebih menarik, menurut CNN, lebih 25 penduduk tanpa mengira latar belakang sudah tampil ke hadapan dan secara sukarela sanggup membantu untuk menjayakan inisiatif murni pihak restoran Turki tersebut.

Sekumpulan pemandu teksi di kejiranan itu juga menumpangkan warga emas dan gelandangan ke restoran tersebut serta sedia bawa mereka pulang ke rumah secara percuma sepanjang hari berkenaan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori