Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Pembangunan Sukan Luar Bandar...

MUAR - Pembangunan sukan di kawasan luar bandar adalah penting dalam usaha Kementerian...

Rozita Che Wan Bengang...

SIAPALAH tak bengang kan, anak yang dikandung selama sembilan bulan dan ditatang bagai minyak...

Video Tular Trump Kagumi...

RIYADH - Rakaman video memaparkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump konon begitu...

2 Tahanan Lolos Ketika...

KUCHING - Dua tahanan bertindak melepaskan diri ketika dibawa ke Mahkamah Majistret di...

Resorts World Manila Diserang Lelaki Bersenjata

PELANGGAN Resorts World Manila, Filipina berdepan detik cemas apabila diserang seorang lelaki bertopeng dan bersenjata, awal pagi tadi.

CNN Filipina melaporkan seorang lelaki bersenjata menyerang bilik judi di resort tersebut sebelum berjaya melarikan diri dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi tadi (waktu tempatan).

Orang ramai dilaporkan bertempiaran lari dari resort yang terletak berhadapan dengan jalan utama menuju ke lapangan terbang antarabangsa Filipina selepas suspek melepaskan tembakan rambang.

Resorts World Manila Diserang Lelaki Bersenjata

Ketua Polis Filipina, Ronald Dela Rosa berkata, lelaki terbabit dipercayai menggunakan rifel MR namun tiada sesiapa yang terkena tembakan tersebut.

Beliau berkata, lelaki terbabit dipercayai bertindak sendirian dengan masuk ke dalam salah satu bilik judi sebelum melepaskan tembakan ke arah skrin televisyen.

Suspek kemudiannya menuang minyak ke atas meja judi sebelum menyalakan api dan membakar bilik stor yang mengandungi cip judi serta membawa lari beg galas cip bernilai 1 juta peso (RM86,195)

Jelasnya, suspek berjaya dikesan kira-kira jam 4.30 pagi (waktu tempatan) iaitu kira-kira empat jam kejadian tersebut dilaporkan.


“Lelaki itu sudah mati. Lelaki itu berjaya dibunuh pasukan kita,” katanya.

Setakat ini, Dela Rosa menolak pembabitkan pengganas dalam serangan itu dan tiada laporan mengenai tebusan diterima.

Resort World Manila Diserang Lelaki Bersenjata

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Resorts World Manila Stephen Reilly berkata, kira-kira 30 orang cedera selepas cuba melarikan diri daripada rempuhan dan asap.

Resorts World Manila adalah cabang Resorts World Genting, Malaysia dan Resorts World Sentosa, Singapura. – MYNEWSHUB.CC

Kategori