Resipi Kek Cawan Kelapa Lemon Istimewa Aidilfitri

HIDANGAN pencuci mulut ataupun manisan adalah satu kemestian bila tibanya raya. Pelbagai aneka biskut raya dihidangkan untuk tetamu yang datang berkunjung.

Bercakap tentang biskut raya, apa biskut raya yang paling anda suka? Kami sebenarnya kurang menggemari biskut raya tetapi lebih sukakan kerepek dan juga kek.

Disebabkan itu, di sini kami nak berkongsi satu resepi kek yang mudah untuk disediakan pada hari raya kali ini.

Resepi ini dipanggil kek cawan kelapa bersirap lemon yang serius sedap dan melazatkan. Paling best buat bersama keluarga, saudara-mara yang pulang ke kampung. Wahhh meriah sangat gotong-royong untuk persiapan raya.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 270ml santan kelapa Ayam Brand
  • 250g mentega
  • 1 sudu besar parutan kulit lemon
  • 1 cawan gula kastor
  • 3 biji telur
  • 2/3 cawan kelapa parut
  • 2 cawan tepung penaik

Sirap:

  • ¼ cawan jus lemon
  • ½ cawan gula
  • 2 sudu besar air

Cara membuatnya adalah seperti berikut:

  • Panaskan ketuhar pada 180 darjah celcius.
  • Campurkan mentega, parutan lemon dan gula didalam satu mangkuk besar. Pukul menggunakan pemukul atau pengadun elektrik sehingga berkrim.
  • Akhir sekali, gaulkan kelapa, setengah daripada tepung dan setengah daripada santan, kemudian masukkan setengah bahagian lagi daripada bahan-bahan tadi.
  • Masukkan adunan ke dalam bekasnya. Bakar selama lebih kurang 30 minit sehingga warnanya bertukar coklat keemasan.
  • Sementara itu, untuk membuat sirap lemon, campurkan jus lemon, air dan gula kedalam periuk kecil. Gaul sehingga mendidih. Apabila kek sudah siap dibakar, keluarkan daripada oven. Tunggu 5 minit dan letak di atas rak. Sedia untuk dihidang. -MYNEWSHUB.CC

Sumber: Resepi Dari Majalah EH

Loading...