Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Buang Mayat Guna Perkhidmatan...

SERDANG - Mayat warga Bangladesh berbungkus dengan selimut yang dibuang di tepi kedai...

Kerabat Mana Cari Cincin...

Perkhabaran terbaharu ini seakan-akan menguatkan lagi kisah seorang artis wanita bakal mengahwini seorang...

JPS Kelantan Belanja RM1.9...

KOTA BHARU - Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan membelanjakan sebanyak RM1.931 juta...

Bidang Sains Pertanian: UPM...

KUALA LUMPUR - Universiti Putra Malaysia (UPM) disenaraikan pada kedudukan ke-54 terbaik di...

Rentas Negeri Masih Tidak Dibenarkan – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR – Rentas negeri masih tidak dibenarkan memandangkan status kes Covid-19 di seluruh negara ketika ini menunjukkan trend tidak stabil dan nilai R-Naught yang meningkat melepasi angka 1.0 sejak 20 hari lalu.

Bagaimanapun, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pergerakan rentas daerah dibenarkan kecuali di Sabah dan Sarawak atas keputusan kerajaan Negeri.

Beliau berkata, sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebelum ini mendengar pembentangan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai situasi serta penilaian risiko bagi tempoh 14 hari pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di seluruh negara yang dijadualkan tamat pada 28 April ini.

Beliau berkata, berdasarkan pemantauan, KKM mengesahkan bilangan kluster berkaitan aktiviti sosial dan pendidikan bertambah sejak dua minggu kebelakangan ini.

Sementara itu, katanya, kes rentas negeri juga kekal tinggi di Kedah, Perak, Kelantan, Melaka, Pahang dan Sarawak.

“Pemantauan status kes Covid-19 di negeri-negeri mendapati, trend penurunan di Perlis, Kedah, Perak, Selangor dan Negeri Sembilan.

“Sementara, berlaku trend turun naik (tidak stabil) di Pahang, Labuan, Melaka, Johor, Terengganu, Pulau Pinang, Putrajaya, Sabah serta trend meningkat di Kelantan, Sarawak dan Kuala Lumpur,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Ismail Sabri berkata, atas cadangan serta penilaian risiko oleh KKM, mesyuarat membuat keputusan kesemua 10 jajahan di Kelantan iaitu Bachok, Jeli, Kota Bharu, Machang, Kuala Krai, Pasir Mas, Pasir Puteh, Tanah Merah, Tumpat dan Gua Musang kekal dengan status Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana menunjukkan kadar insiden yang semakin meningkat.

Katanya, lima negeri dikekalkan status Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) iaitu Selangor yang mana zon merah masih banyak walaupun trend kes menurun; Kuala Lumpur (kawasan merah meningkat); Johor (insiden menurun, zon merah berkurang dan zon hijau meningkat); Pulau Pinang (kadar insiden tinggi dan zon merah masih banyak); Sarawak (kadar insiden meningkat dengan pertambahan zon merah dan jingga, serta pengurangan zon hijau).


“Sementara Sabah bertukar daripada PKPP ke PKPB kerana zon hijau semakin berkurang dan zon merah meningkat, selain 33 lokaliti sedang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

“Sembilan negeri dikekalkan status PKPP iaitu Perlis (seluruh negeri kini berada dalam zon hijau serta Kedah yang mana insiden kekal rendah, zon merah dan jingga berkurang, kuning bertambah kecuali PKPB di Kuala Muda yang masih zon merah).

“Selain itu, Perak (insiden kekal rendah, zon hijau bertambah dan zon merah berkurang); Melaka (insiden kekal rendah dengan pertambahan zon kuning); Negeri Sembilan (kadar insiden menurun dengan peningkatan zon hijau kecuali PKPB di Daerah Seremban yang masih zon merah).

“Pahang juga kekal PKPP memandangkan insiden tidak stabil walaupun zon hijau serta kuning berkurang); Terengganu (insiden stabil, zon hijau bertambah, zon merah dan kuning berkurang); Putrajaya (tiada zon merah) dan Labuan (insiden tidak stabil dan tiada zon hijau),” katanya.

Menurutnya, pengekalan status PKP, PKPB dan PKPP bagi negeri ini akan berkuat kuasa bermula 29 April sehingga 17 Mei kecuali Sarawak yang bermula 27 April sehingga 17 Mei 2021.

“Seperti prosedur operasi standard (SOP) lalu, pergerakan rentas negeri masih tidak dibenarkan kecuali bagi aktiviti pelancongan dari negeri PKPP ke negeri PKPP melalui konsep ‘green travel bubble’ menggunakan syarikat dan ejen pelancongan yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (Motac),” katanya. – myMetro Online

Kategori