Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

SST: Peniaga, Pengusaha Dapat...

KUALA LUMPUR – Peniaga dan pengusaha pasar raya masih menunggu makluman pihak pembekal...

Samun Bersenjata: Mahkamah Tambah...

KUALA LUMPUR - Padah buat dua sahabat kerana terpaksa menjalani hukuman penjara lebih...

Permintaan Sup Sirip Ancam...

SANDAKAN - Permintaan tinggi bagi sirip yu menyebabkan kemerosotan mendadak populasinya, termasuk di...

KAFA Terus Berteka-Teki Kedudukan...

KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) terus berteka-teki berhubung kedudukan George...

Remaja Terperangkap 60 jam Dalam Gua Selamat

INDIANAPOLIS – Seorang pelajar Universiti Indiana berusia 19 tahun ditemui selamat selepas terperangkap dalam gua tanpa makanan dan minuman selama tiga hari.

Dalam tempoh 60 jam itu, Lukas Cavar yang ditinggalkan kelab penerokaan gua kolejnya, cuma menjilat titisan air pada dinding gua dan cuba mendapatkan serbuk daripada beberapa pembalut snek tenaga yang kosong.

Menurut laporan akhbar universiti Indiana Daily Student, Cavar berada dalam kumpulan lawatan lapangan ke gua di selatan kampus utama universiti itu di Bloomington, Indiana.

Menurut akhbar itu lagi, ketua ‘Caving Club’ universiti berkenaan tidak memberi ulasan bagaimana Cavar terpisah daripada kumpulan terbabit.

Apabila Cavar mencapai laluan masuk gua yang berpagar, beliau mendapati ia dikunci, lapor akhbar.


Beliau menjerit selama enam hingga lapan jam, cuba menarik perhatian orang ramai di jalan raya berhampiran. Telefon bimbitnya pula tidak mempunyai isyarat.

“Saya mengambil sedikit masa untuk mengawal emosi dan membuat pendekatan secara analisis dan masuk akal, mencari cara untuk bertahan,” kata Cavar kepada Indiana Daily Student. – Reuters

Kategori