Remaja Terkejut Perut Kempis Tapi Disahkan Hamil 6 Bulan!

PERUTNYA kelihatan begitu sempurna sekali, seperti remaja perempuan lain tapi tiba-tiba dia dikejutkan dengan sesuatu yang di luar dugaan.

Apa yang pelik, Saffron Heffer sentiasa mengidamkan makanan manis dan sayur-sayuran sejak beberapa minggu.

Saffron juga risau apabila adanya kesan rekahan pada kulit tubuhnya hingga ibunya menyarankan dia berjumpa doktor.

Remaja berusia 18 tahun itu menganggap pengambilan ubat menyebabkan dia tidak datang haid dalam tempoh lama, malahan berat badannya juga menurun.

Saffron terkejut apabila pemeriksaan doktor mendapati dia sedang hamil enam bulan tetapi ketika itu perutnya masih kempis.

Bagaimanapun, dengan bantuan bidan berpengalaman yang telah membetulkan kedudukan bayi dalam kandungannya, akhirnya pada minggu ke-37 perutnya memboyot.

Kira-kira enam minggu kemudian, Saffron melahirkan bayi lelaki yang sihat, Oscar yang bertanya 3.6 kilogram.

Berasal dari Essex, ibu muda ini berkata dia masih ke gim kerana tidak menyangka hamil sehingga disahkan doktor.

“Ia kejutan untuk semua, termasuk ibu saya. Hanya selepas beberapa minggu mendapat tahu saya hamil, Oscar lahir dan semuanya lancar,” katanya.- unilad.co.uk/mStar Online

Loading...