Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

MB Terengganu Umum Insentif...

KUALA NERUS - Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman hari ini...

Penganjur Perhimpunan Jangan Cabar...

KUALA LUMPUR - Jangan cabar kuasa polis atau Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana...

Faktor Calon Menangkan BN,...

IPOH - Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron...

Kura-Kura Gergasi Sudah Pupus...

QUITO - Aktivis pemuliharaan alam sekitar di kepulauan Galapagos menemui seekor kura-kura gergasi...

Remaja Perlukan RM25,000 Biayai Kos Pembedahan

MELAKA – Seorang remaja yang mengalami masalah ‘Adoloscent Idiopathic Scoliosis’ atau tulang belakang membengkok memerlukan kira-kira RM25,000 bagi menjalani pembedahan.

Aida Natasha Abdullah, 16, yang juga pesakit kanser urat saraf dikesan mengalami masalah berkenaan ketika mendapatkan rawatan susulan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) awal tahun ini.

Ibu remaja berkenaan Nur Seha Mat Isa, 32, berkata anak sulungnya itu perlu menjalani pembedahan secepat mungkin kerana keadaan tersebut boleh mengganggu fungsi paru-paru dan jantungnya.

“Kami bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga. Dia (Aida Natasha) baharu sahaja selesai menjalani siri rawatan kimoterapi pada akhir tahun lepas sejak dikesan menghidap kanser urat saraf ketika berusia empat bulan lagi. Kansernya telah merebak ke seluruh badan dan menyebabkan dia kehilangan deria pendengaran.

“Dalam tempoh rawatan kimoterapi memang nampak tulang belakangnya bengkok tetapi ia disahkan awal tahun ini dan perlu dibedah segera,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Parti Progresif Penduduk (PPP) Melaka, Datuk Chiw Tiang Chai dan Pengarah Pusat Perkhidmatan Barisan Nasional Amir Hamzah.

Mengulas lanjut, Nur Seha berkata sebelum ini beliau dan suami, Jafri Sulaiman Abdullah, 35, tidak pernah mendapat bantuan daripada mana-mana pihak walaupun banyak permohonan telah dibuat.

Ibu kepada empat anak itu berkata hampir semua perbelanjaan rawatan bagi mengubati penyakit kanser saraf anaknya itu ditanggung oleh mereka yang hanya berpendapatan kira-kira RM1,500 sebulan.

Beliau berkata hanya selepas beberapa tahun anaknya itu menjalani rawatan kimoterapi di HKL, beliau mendapat bekalan ubat-ubatan terutama yang mahal secara percuma dan secara tidak langsung meringankan sedikit bebannya dan suami.

“Saya tidak bekerja…hanya berniaga kecil-kecilan untuk mendapatkan komisen manakala suami hanya bekerja sebagai tukang sapu. Memang perit untuk menghadapi situasi ini dan saya sebagai ibu sendiri pernah berputus asa.


“Namun semangat dia (Aida Natasha) buatkan saya menjadi kuat. Saya tahu dia sakit…lebih-lebih lagi apabila tulang belakangnya kini semakin membengkok. Sebelum ini dia mampu bertahan tetapi sejak kebelakangan ini dia sering mengadu kesakitan. Kadang-kadang boleh dengar bunyi pergerakan tulang belakang terutama apabila dia bangun tidur atau baring,” katanya.

Nur Seha yang tinggal di Projek Perumahan Rakyat di Krubong di sini, berkata anaknya itu kini hanya mampu tidur secara mengiring selain pergerakannya agak terbatas serta tidak mampu berjalan terlalu jauh.

Beliau berkata walaupun pembedahan ini dijangka boleh mengancam nyawa, namun mereka sekeluarga tidak mempunyai pilihan lain.

Sementara itu, Aida Natasha yang berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat dengan bantuan jurubahasa berkata dia tidak sabar untuk menjalani pembedahan dan berharap dapat pulih dengan segera untuk menghadapi ujian Pentaksiran Tingkatan Tiga pada tahun ini.

Pelajar tingkatan tiga program pendidikan khas Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Mutahir itu berkata beliau kini sering berasa sakit pada bahagian belakang selain rasa kebas.

Dalam pada itu, Chiw berkata pihaknya telah melancarkan tabung bagi pembedahan Aida Natasha dan pihak yang ingin menyalurkan bantuan kewangan boleh menghubungi Nur Seha di talian 011-33048940 atau Jafri Sulaiman (019-6800280) atau menyalurkannya ke akaun Bank CIMB: 7063563512 (Nur Seha Mat Isa).

“Kita bersimpati dengan nasib yang menimpa remaja ini dan keluarganya. Tabung ini diharap dapat meringankan beban mereka dan membantu membiayai kos pembedahan Aida Natasha,” katanya yang turut menyerahkan cek berjumlah RM500 kepada keluarga berkenaan. – BERNAMA

Kategori