Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

TPM Lancar Karnival Kasih...

BATU PAHAT - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari...

Penyanyi Nasyid Akan Didakwa...

KUALA LUMPUR: Seorang penyanyi nasyid yang juga komposer terkenal yang ditahan kerana menanam...

SPRM Terbit Buku Berkaitan...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melancarkan buku berkaitan pencegahan rasuah...

Hritik Roshan Terselamat Daripada...

AKTOR popular Bollywood, Hritik Roshan terselamat daripada turut terlibat dalam insiden letupan berani...

Remaja ‘Mu Pa’ Terpaksa Lupa Ke Moscow

BANGKOK – Lapan remaja daripada pasukan bola sepak ‘Mu Pa’ yang diselamatkan dari kompleks gua Tham Luang di Chiang Rai, mungkin terpaksa melupakan impian untuk menonton perlawanan akhir bola sepak Piala Dunia 2018 di Moscow oleh kerana “mereka perlu berada di hospital.

Setiausaha Tetap Kesihatan Awam Thailand, Dr Jessada Chokdamrongsuk berkata lapan remaja lelaki itu yang masing-masing diselamatkan pada Ahad dan semalam beransur pulih tetapi mereka perlu berada di hospital selama sekurang-kurangnya seminggu.

“Empat remaja pertama (yang diselamatkan pada Ahad) berumur antara 14 hingga 16 tahun mengalami suhu badan rendah dan dua daripada mereka pada mulanya menghidap Pneumonia tetapi keadaan mereka bertambah baik selepas mendapat rawatan dan antibiotik. Seorang daripada mereka juga mengalami luka di kaki,” katanya di Chiang Rai hari ini.

Seorang remaja daripada kumpulan kedua berumur antara 12 hingga 14 tahun mengalami degupan jantung yang perlahan namun keadaannya kembali normal.

Sampel darah remaja itu dihantar ke Bangkok untuk analisis lanjut bagi sebarang jangkitan, kata Jessada dan menambah, remaja terbabit yang ketika ini ditempatkan di Prachanukroh Hospital di wilayah iitu, akan turut menjalani sesi psikologi, sungguhpun mereka “kelihatan riang dan sekali-sekala ketawa.”

Dalam surat yang dialamatkan kepada Football of Thailand (FAT) baru-baru ini, Presiden FIFA Gianni Infantino mengundang 12 remaja itu dan jurulatih mereka berusia 25 tahun untuk menonton perlawanan akhir bola sepak Piala Dunia 2018 di Luzhniki Stadium Moscow pada 15 Julai.


Kehadiran semua remaja itu dan jurulatih mereka dalam perlawanan akhir itu “tidak syak lagi akan merupakan detik pertemuan dan keraian yang indah,” menurut presiden FIFA.

Dua belas remaja dan jurulatih mereka, yang sangat meminati sukan bola sepak, terperangkap di dalam kompleks gua yang dinaiki air sejak 23 Jun, tidak dapat bergerak disebabkan peningkatan paras air berikutan hujan lebat.
– BERNAMA

Kategori