Remaja Maut Terjun Bangunan Selepas 69% Undi ‘Mati’

KUCHING – Seorang remaja nekad terjun dari tingkat tiga sebuah bangunan selepas memperoleh peratusan undian ‘mati’ oleh netizen lebih tinggi di kotak undian akaun Instagramnya.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Aidil Bolhassan berkata, mangsa berusia 16 tahun menerima 69 peratus undian untuk mati.

Mangsa sebelum itu menulis catatan ‘Really Important, Help Me Choose D/L pada kotak undi.

D bermaksud ‘die’ (mati) manakala L bermaksud ‘live’ (hidup).

Difahamkan, remaja berkenaan tertekan selepas bapa tirinya berkahwin dengan wanita Vietnam di Singapura dan jarang pulang ke rumah mereka.

Loading...