Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Gangguan Air Di Hulu...

KUALA LUMPUR - Beberapa kawasan di Hulu Selangor akan mengalami gangguan bekalan air...

Hukuman Gantung Di Malaysia...

WALAUPUN kerajaan Mexico sering melancarkan 'perang' terhadap kartel dadah, namun negara itu langsung...

Islam Larang Suami `Pancut...

KUALA LUMPUR - Islam melarang umatnya melakukan pencegahan kehamilan termasuk mengeluarkan air mani...

Didenda Pakai Kain Sarung,...

KALAU dahulu, kena denda dirotan, ketuk ketampi atau jentik telinga oleh guru merupakan...

Remaja Maut Ditetak Majikan Kerana Minta Gaji

MALANG menimpa seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang berkhidmat sebagai pembantu rumah apabila dia dibunuh oleh majikannya hanya kerana dia meminta gaji.

Soni Kumari berkhidmat dengan satu agensi pembantu rumah di New Delhi sejak setahun lalu dan selama ini duit gaji yang diterima daripada pelanggannya, telah disimpan oleh majikannya, Manjeet Singh yang juga pemilik agensi berkenaan.

Apabila Soni menuntut gajinya, dia telah dimarahi. Lelaki itu mencekik dan kemudian memotong mayat Soni kepada tiga bahagian sebelum membuangnya ke dalam sungai.

Soni berasal dari keluarga miskin di kawasan pedalaman. Dia dibayar gaji sebanyak £65.60 daripada keluarga yang mengupahnya setiap bulan tetapi duit itu diberikan melalui Manjeet.

Remaja itu yang sudah bosan kerana tidak memegang sendiri wang gajinya, telah menuntut duit tersebut daripada Manjeet dan mahu balik ke kampungnya.


Manjeet meminta Soni datang ke rumahnya untuk berbincang namun Soni enggan, menyebabkan Manjeet membunuhnya.

Ketika disoal oleh polis, Manjeet mengaku membunuh Soni. Dia juga memegang duit gaji Soni dengan niat untuk mengawal remaja tersebut. – MYNEWSHUB.CC

Kategori