Remaja Hilang Di Lombong Akhirnya Ditemui Lemas

AKHIRNYA… Mayat Muhammad Ilham Fahmy Mohammad Azzam, yang dipercayai lemas di lombong yang bersempadan Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor berjaya…

AKHIRNYA… Mayat Muhammad Ilham Fahmy Mohammad Azzam, yang dipercayai lemas di lombong yang bersempadan Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor berjaya ditemui petang ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Selangor, Mohd. Rizal Buang berkata, pasukan cari dan menyelamat (SAR) menemukan mayat itu berhampiran lokasi kejadian pada pukul 5.45 petang.

Remaja berusia 17 tahun berkenaan dipercayai tergelincir dari sebuah jambatan berhampiran dengan tapak tasik bekas lombong lama itu kira-kira pukul 5.30 petang semalam ekoran hujan lebat ketika hendak pergi memancing.

Semalam, enam anggota JBPM lemas dalam operasi SAR remaja berkenaan. Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, kesemua anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Selangor itu dilaporkan maut akibat dibawa arus deras.

Empat daripada mangsa terkorban adalah anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang iaitu Mohd. Fatah Hashim, 34: Izatul Akma Wan Ibrahim, 32; Mazlan Omarbaki, 25, dan Yahya Ali, 24.

Baki dua lagi mangsa PPDA ialah anggota dari BBP Shah Alam iaitu Adnan Othman, 33, dan Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25. – Agensi/Mynewshub.TV

Loading...