Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Muhyiddin Angkat Sumpah Perdana...

KUALA LUMPUR - Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengangkat sumpah jawatan...

Penjawat Awam Perak Terima...

IPOH - Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengumumkan pemberian bantuan...

Azizulhasni Guna Basikal RM13...

KUALA LUMPUR - Pelumba trek negara bakal menggunakan basikal ‘istimewa’ dalam usaha memburu...

JAIS Kata Tiada Kuasa...

KUALA LUMPUR - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak akan mengeluarkan arahan pembatalan...

Remaja Dipukul Dan Diliwat Akhirnya Meninggal Dunia

GEORGE TOWN – Remaja lelaki yang dibuli dan dipukul sehingga mengalami kecederaan parah oleh sekumpulan remaja awal pagi Sabtu lepas di Jalan Kaki Bukit, meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Anuar Omar berkata pihaknya menerima maklumat daripada HPP mengenai kematian T. Nhaveen, 18, pada 6 petang ini.

“Remaja itu yang cedera parah dalam kejadian berkenaan dilaporkan mati otak.Polis akan menjalankan siasatan kes berkenaan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya di sini hari ini.

Katanya tiga remaja berusia 18 hingga 19 tahun yang tamat reman esok akan direman semula manakala dua pelajar tingkatan empat dan lima juga akan dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan perintah reman bagi membantu siasatan kes tersebut.

Dalam kejadian 2.10 pagi Sabtu lalu, Nhaveen cedera parah selepas diserang sekumpulan lelaki manakala rakannya berusia 19 tahun melarikan diri untuk mendapatkan pertolongan. – BERNAMA

Kategori