Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Nik Abduh Sindir Husam...

KUALA LUMPUR - "Memang 'rare' murid tok guru (Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz...

Elfira Roy Berpacaran Dengan...

MEDIA Indonesia melaporkan artis kita, Elfira Roy kini berpacaran dengan artis mereka, Baim...

Senai-Desaru Expressway Beri Diskaun...

KUALA LUMPUR - Senai-Desaru Expressway Berhad (SDEB) menawarkan diskaun tol sebanyak 10 peratus...

Mangsa Hairan Singapura Gagal...

SINGAPURA - Di sebalik kecanggihan teknologi tinggi Singapura yang sering 'dabik dada' konon...

Remaja Didakwa Rogol Gadis Bawah Umur

KAMPAR – Seorang remaja lelaki yang sedang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan merogol seorang remaja bawah umur, tahun lepas.

Remaja berumur 17 tahun itu membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan secara tertutup di hadapan Majistret Nur Faizah Muhamad Saleh.

Remaja itu didakwa merogol mangsa berusia 16 tahun semasa kejadian pada 20 Ogos 2017 di kawasan air terjun Batu Bersungkai di sini.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebat.

Peguam bela tertuduh, Sukhdave Singh ketika ditemui media memaklumkan mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 14 Jan depan sebagai sebutan semula kes.


Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Siti Norashikin Hassan meminta mahkamah mengenakan ikat jamin sebanyak RM5,000 yang kemudian dirayu oleh ibu bapa tertuduh atas alasan tidak berkemampuan. – BERNAMA

Kategori