Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Budak Lelaki Diseludup Dalam...

SEKUMPULAN pegawai imigresen terkejut apabila menemui seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang...

Idrus Harun Dilantik Peguam...

PUTRAJAYA - Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Idrus Harun dilantik sebagai Peguam Negara...

K’jaan Kaji Sekat Remaja...

KUALA LUMPUR - Kerajaan sedang mengkaji langkah untuk mengehadkan akses internet bagi remaja...

Remy Ada Ramuan Bantu...

LONDON - Jose Mourinho melihat trio penggempur Chelsea - Diego Costa, Didier Drogba...

Remaja Dianggap Jelmaan Dewa Kerana ‘Ekor’

NEW DELHI – Seorang remaja dianggap ‘selebriti’ di kampungnya apabila mempunyai keadaan fizikal yang unik malah ada penganut Hindu di kampungnya yang menganggapnya jelmaan semula dewa monyet, Hanuman.

Sohail Shah, 13, dari sebuah kampung kecil di Madhya Pradesh, India dilahirkan dengan ekor rambut sepanjang kira-kira 30 sentimeter (cm) yang tumbuh di belakang badan.

Rumahnya sering dikerumuni orang ramai termasuk penduduk kampung lain termasuk pada setiap hari yang turut membawa pelbagai buah untuk mendapat berkat.

Malah guru di sekolahnya juga takut memarahinya kerana takut mencetuskan kemarahan tuhan.

Sohail berkata, walaupun beragama Islam, dia suka dengan perhatian diberikan dan tidak mahu memotong ‘ekor’ berkenaan.

“Saya tidak pernah berasa malu dilahirkan begini. Sejak saya lahir, mereka melayan saya seperti tuhan dan ia bukan satu perkara baru,” katanya.


Sementara itu, keluarga Sohail turut percaya ekornya itu membawa rezeki.

Datuknya Ashiq Shah, 60, berkata ada kumpulan tertentu mahu mengambilnya sebagai anak angkat.

“Mereka bimbang kami akan mengahwinkannya. Ini kerana mengikut mitos, Hanuman tidak pernah berkahwin.

“Ramai orang memanggilnya Hanuman, malah kami juga kadangkala bergurau menggelarnya begitu,” katanya. – Daily Mail/myMetro Online

Kategori