Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

PM Kota Janji Bawa...

SEPANG - Datuk Seri Najib telah menunaikan janjinya untuk membawa pulang sembilan rakyat...

Sultan Johor Pandu Tren...

KLUANG - Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan meneruskan perjalanan hari...

Pakatan Harapan Umpama Kera...

1. Pimpinan Pakatan Harapan pada hari ini dilihat sangat kemaruk kepada kuasa hingga...

Hans Isaac Terima Kata...

TINDAKAN pelawak dan pelakon, Zizan Razak yang telah menyinggung perasaan sesetengah pihak ketika...

Remaja 15 Tahun Dibunuh Kejam Di New York

MEW YORK – Seorang remaja 15 tahun sempat meminta air selepas cedera parah ditetak sekumpulan lelaki yang mengheretnya keluar dari sebuah kedai di Bronx, New York dan mencederakannya dengan parang tanpa belas kasihan.

Dalam kejadian Rabu lalu, pembunuhan kejam Lesandro Guzman-Feliz itu dirakam CCTV di Zesarina Grocey kira-kira jam 11.40 malam.

Berdasarkan rakaman itu, polis kini memburu sekurang-kurangnya enam suspek berkaitan kes itu yang kali terakhir dilihat melarikan diri dengan kereta berwarna putih.

Daily Mail melaporkan, menurut Jabatan Polis New York (NYPD), mangsa dikatakan bertengkar dengan beberapa lelaki.

Sebelum kejadian, Guzman-Feliz memberitahu ibunya dia mahu keluar sama ada untuk membayar hutang atau meminjamkan wang AS$5 (RM20) kepada rakannya, namun dia tidak pulang selepas itu.

Rakaman CCTV yang dimuat naik pengguna Facebook menggunakan akaun Riichy Rich kelmarin, menunjukkan mangsa diseret sekumpulan lelaki sebelum ditikam dan ditetak dengan parang.

Mangsa kemudian kelihatan berdiri di sudut jalan dalam keadaan berlumuran darah pada lehernya sebelum berlari menuju ke Hospital St. Barnabas.

Bagaimanapun, menurut polis, mangsa tidak sempat sampai ke hospital apabila rebah tidak jauh dari tempat kejadian.


Dalam satu lagi rakaman video yang dimuat naik pengguna lain, Guzman-Feliz yang berlumuran darah seluruh badan, duduk bersandar di tepi dinding kaki lima.

Seorang wanita cuba menghentikan pendarahan pada lehernya sebelum pegawai polis dan paramedik tiba.

Pegawai polis berkata, mangsa yang tenat ketika itu sempat meminta air, lapor ABC 7 New York.

Menurut polis, dia dipercayai mengenali penyerangnya dan kejadian itu mungkin berkaitan dengan kegiatan geng. – AGENSI/BH ONLINE

Kategori