Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

Turun Cukai, Naikkan Subsidi...

KUALA LUMPUR - Permintaan supaya kerajaan menurunkan kadar cukai dan pada masa yang...

‘The Gentleman’ Dipuji Meskipun...

MEXICO – Seorang lelaki yang berlumuran darah dengan gunting terpacak di kepala, mengejutkan...

Pemuda PAS Mahu Kutip...

KUALA LUMPUR - Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) memberi jaminan akan membantu aktivis...

OKU Penglihatan Didenda RM7,000...

KUALA LUMPUR - Seorang orang kurang upaya (OKU) penglihatan yang mempunyai rekod kesalahan...

Rekod 100 Mata Manchester City Sukar Diulangi

MUSIM Liga Perdana Inggeris (EPL) 2017/2018 yang baru sahaja melabuhkan tirai hujung minggu lalu menyaksikan Manchester City gah menghuni tangga teratas liga dengan mengumpul 100 mata.

Pasukan kendalian Pep Guardiola itu turut meninggalkan musuh setempat mereka, Manchester United dengan jurang 19 mata di tangga kedua liga.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, City telah berjaya memecah tiga rekod EPL yang dipegang Chelsea iaitu gol terbanyak dalam semusim, kemenangan terbanyak dalam satu musim dan juga perolehan mata terbanyak.

Rekod pungutan mata yang dipegang Chelsea merupakan sebanyak 95 mata pada tahun 2004/2005 di bawah kendalian Jose Mourinho ketika itu.

Bagi pemain tengah pasukan itu, Kevin De Bruyne, rekod pungutan mata yang berjaya diraih City pada musim ini akan bertahan lama dan sukar dileburkan oleh mana-mana pasukan dalam masa terdekat.

”Kita semua tahu bahawa jika kami berjaya dapat 100 mata, ia akan menjadi sesuatu yang sangat istimewa dan mungkin sukar untuk dilakukan lagi.

“Pada akhirnya, ia merupakan satu-satunya perkara yang memotivasikan kami (selepas disahkan juara lebih awal). Apabila wisel penamat dibunyikan, dan kami berjaya dapatkan 100 mata, perasaan itu sangat menakjubkan,” ujar De Bruyne.

Mata ke-100 City menjelma selepas Gabriel Jesus menjaringkan gol kemenangan pada minit akhir perlawanan ketika menumpaskan Southampton di Stadium St. Mary, Ahad lalu.


Tambah De Bruyne, kejayaan City itu sememangnya satu perkara yang mengagumkan kerana hanya tercicir sebanyak 14 mata musim lalu apabila mengalami dua kekalahan dan empat kali seri.

”Kami memecahkan rekod itu, 100 mata adalah sesuatu yang istimewa. Kejayaan meraih pungutan mata tiga digit sangat sukar diulang selepas ini dan kami menjadi sebahagian daripada sejarah.

”Untuk mendapatkan 100 mata dan hanya keciciran 14 mata sepanjang musim. Menikmati pencapaian itu adalah sesuatu yang istimewa,” katanya.

Jurulatih City, Guardiola ada menyebut bahawa mereka akan cuba mengulangi pencapaian menjuarai EPL pada tahun hadapan dan perkara itu dipersetujui oleh De Bruyne sendiri.

Jelasnya, biarpun sukar untuk mengulangi kejayaan mengumpul 100 mata lagi selepas ini, mereka akan mencuba sedaya upaya merealisaikan perkara itu.

Hantaran cantik De Bruyne kepada Jesus pada perlawanan terakhir City bagi musim 2017/2018 itu menyaksikan dia memenangi anugerah yang baru diwujudkan tahun ini iaitu anugerah perancang terbaik dengan 16 bantuan gol. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Kategori