Reka Bisnes Kad Anda Dengan Peranti Pintar!

KAD nama merupakan satu perkara yang sinonim buat setiap pekerja profesional terutama dalam bidang perniagaan.

Baik bekerja mahupun tidak, ramai antara kita merasakan perlu untuk mempunyai kad nama yang mempunyai info ringkas mengenai perniagaaan atau perkhidmatan yang dijalankan.

Namun perkara yang sering berlaku kepada kebanyakan individu ialah kad nama ini sering tertinggal di dalam kereta mahupun pejabat ketika bertugas di luar.

Kini dengan adanya aplikasi Business Card Maker, anda tidak perlu risau lagi sekiranya tidak membawa bersama kad nama anda.

Business Card Maker adalah aplikasi perniagaan membolehkan anda membuat kad perniagaan hanya dalam satu minit.

Reka Bisnes Kad Anda Dengan Peranti Pintar!

Dengan adanya kad perniagaan digital ini, anda boleh membuat kad nama mengikut rekaan yang anda inginkan, menyimpan dan berkongsi kad berkenaan bersama rakan-rakan melalui media sosial seperti Facebook, WhatsApp, Twitter, Email dan sebagainya.

Menerusi aplikasi, anda diberi pilihan untuk membuat kad dalam empat bentuk berbeza iaitu daripada pilihan 25 jenis kad standard, lapan jenis kad berbentuk menegak, lima varian kad pelbagai saiz yang boleh disimpan dalam kualiti HD.

Anda juga bebas memilih daripada lebih 35 fon tulisan dan warna mengikut kesukaan untuk dipadankan dengan kad rekaan sendiri. Setiap kad yang disimpan akan bergantung kepada resolusi peranti anda.

Aplikasi ini bukan saja membantu anda membuat kad perniagaan digital bagi tujuan rangkaian perniagaan, bahkan anda juga boleh menggunakannya sebagai identiti digital mahupun e-kad.

Business Card Maker boleh dimuat turun di Play Store, pengguna Apple turut boleh mendapatkannya melalui App Store. – MYNEWSHUB.CC

Layari: Business Card maker