Reformis Arab Saudi Meninggal Usia 87 Tahun

BERSEMADI… Putera Arab Saudi, Talal bin Abdul Aziz, adik tiri kepada Raja Salman, disahkan meninggal dunia pada usia 87 tahun, menurut anak lelakinya, yang juga seorang hartawan ternama.

“Dimaklumkan bahawa Putera Talal telah pun kembali ke Rahmatullah pada Sabtu lalu,” kata Putera Al-Waleed bin Talal menerusi kicauan dalam akaun sosial Twitter yang turut dipetik media tempatan.

Keluarga allahyarham dilaporkan menerima kunjungan ziarah daripada orang ramai bermula pada Ahad lepas hingga Selasa di kediaman mereka di ibu kota Riyadh, tambah anaknya tersebut.

Penentang fahaman liberal dan digelar sebagai ‘Putera Merah’ itu, Talal yang dilahirkan di Taif itu turut dikenali sebagai seorang penyokong reformasi tempatan yang tidak pernah mengenal erti lelah.

Allahyarham namun merupakan penyokong lama tetapi aktif dalam usaha untuk membolehkan golongan wanita Arab Saudi memandu kereta di negara itu, yang akhirnya mendapat kebenaran pada tahun ini.

Dilahirkan pada 1931, putera tersebut pernah mengetuai Yayasan Teluk Arab bagi pembangunan, sebuah badan Pertubuhan Bangsa Bersatu yang bantu pendidikan dan kesihatan di negara-negara membangun.

Di bawah pengaruh presiden Mesir dan pemimpin Sosialisme pan-Arab, Gama Abdel Nasser, beliau menubuhkan ‘Pergerakan Bebas Putera’ pada awal 1960-an, yang mendesak bagi perubahan substantif di Arab Saudi. – AFP

Loading...