Thursday, April 25, 2024

Creating liberating content

Sindiket Seleweng Gas LPG...

IPOH : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perak menumpaskan...

Swatch Bakal Hadir Dengan...

Pelbagai syarikat akhir-akhir ini memfokuskan kepada pengeluaran jam tangan pintar, tetapi ramai yang...

Misil Canggih Lindungi Syria

SYRIA akan mendapat sistem pertahanan udara canggih berikutan kejadian pesawat peninjau Rusia ditembak...

Aksem Rampas Daum Ketum...

PASIR MAS - Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) Kelantan mematahkan cubaan menyeludup daun...

Reformasi Trump: Apakah AS Bakal Negara Paling Celaka!

AMERIKA Syarikat (AS) selalu menganggap dirinya sebagai simbol kesejagatan dunia. AS mempromosi dirinya sebagai Bapa Demokrasi Moden. Sejak tamat Perang Dunia Kedua, AS menggunakan nilai intelek dalam idea demokrasi untuk menentang pengaruh komunis Rusia dan China.

AS menyertai Perang Korea pada 25 Jun 1950 hingga 27 Julai 1953 dengan misi demokratik menyelamatkan Korea Selatan dari komunisme. Dua tahun kemudian, AS menyertai Perang Vietnam selama dua puluh tahun (1955-1975) dengan kempen menegakkan demokrasi di Indo China.

Di Eropah Timur hingga Mediteranean sampailah ke benua Afrika, AS terlibat dalam gerakan inteligen mengekang pengaruh komunis Rusia selama 42 tahun hinggalah jatuhnya Rejim Bolshevik di Moskow pada 1987.

AS sejak 1945, menggerakkan intelegen FBI dan CIA dengan pelbagai agenda perang saraf dalam mengekang pengaruh komunis. Selepas 1987, halaan itu dipindahkan ke negara Islam. Afghanistan dan Iraq menjadi sasaran selepas Peristiwa WTC 11 September 2001.

AS dan sekutu Barat mempromosi globalisasi sebagai idea ekonomi dan politik moden yang cuba menghapuskan identiti totok idea negara bangsa di banyak bekas negara kolonial.

Begitulah hebatnya AS. Gerakan pro demokrasi di AS juga menggegarkan Beijing dengan Revolusi Medan Tiananmen di China pada 1988. Namun, kejayaan paling besar dicapai dalam Revolusi Eropah Timur di Poland, Romania, Bulgaria, Hungary, Jerman Timur dan Kesatuan Yugoslavia sepanjang 1989 hingga 1992.

Mulai 2011, gerakan pro demokrasi AS berjaya menjatuhkan kerajaan totalitarian di Algeria, Tunisia, Mesir dan Libya. Di Syria, AS memainkan peranan dalam perang saudara menjatuhkan Bashar Assad.

Inilah wajah demokrasi AS selama 70 tahun.

Namun keputusan Pilihanraya Presiden pada Nov 2016 lalu, membuktikan AS sebenarnya hanya sebuah negara rasis.

Undi majoriti pada Donald Trump mendedahkan wajah sebenar AS. Hakikatnya AS sebuah negara ultra kulit putih apabila polisi anti Islam dan anti Latin yang menjadi idea kempen Trump menerima sokongan majoriti rakyat AS.


Bermula 20 Januari, sebagai Presiden, Trump mengembalikan AS ke zaman hitam 1607 hingga 1807. Selama dua abad itu, AS ialah negara yang menjalankan hukum perhambaan kulit hitam.

Dasar Trump yang anti Latin dan pendatang Islam menjadikan AS sebagai komuniti tamadun moden yang paling hodoh. AS bukan saja dibenci negara-negara latin terutama jirannya Mexico, malah turut dikritik sekutu Baratnya, Jerman.

Sejarah propaganda tidak akan mampu bertahan lama. Rakyat AS selama ini bersembunyi di balik nama demokrasi, pada hal mereka adalah bangsa yang paling rasis di dunia.

Halangan imigresen terhadap tujuh negara Islam – Iran, Iraq, Syria, Yaman, Libya, Sudan dan Somalia – menjadikan polisi imigresen AS, sebagai terburuk dalam sejarah dunia moden.

Cadangan pembinaan tembok di sempadan Mexico ialah simbol anti kemanusiaan yang tidak akan diterima dalam peradaban masa kini. Lupakan Statut of Liberty dan budaya intelek di Harvard. AS hanya sebuah negara ultra kulit putih yang memalukan.

Sekiranya AS memindahkan kedutaannya dari Tel Aviv ke Baitul Maqdis dalam usaha menyokong rejim Zionis Israel, maka AS adalah negara paling celaka di dunia! – MYNEWSHUB.CC

Kategori