Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pelbagai Program Dakwah TV...

KETIKA pelbagai pihak secara dalaman dan luaran terus menyelar Islam, ia tidak sedikit...

Lebih 1,000 Unit Rumah...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 1,183 unit rumah di bawah program Rumah Bina Negara...

Petrol Untuk Motosikal Secara...

LABUAN - Pemuda UMNO Labuan menunaikan janji mereka untuk meneruskan program isi petrol...

Kilang Plastik Di Nilai...

NILAI - Sebuah kilang memproses barangan plastik di kawasan Perindustrian Kecil dan Sederhana...

Reen Rahim Tak Nak Dedah Hubungan Cinta Selagi…

PELAKON Reen Rahim memberitahu bahawa dia tidak akan menceritakan hal berkaitaan hubungan cintanya dengan kekasih selagi dia belum dilamar lelaki berkenaan.

Menurut Reen, atau nama sebenarnya Noreen Ashikin Rahim, sebagai seorang perempuan dia merasakan adalah tidak manis jika dia bercakap tentang suatu hubungan yang belum pasti secara terbuka.

“Saya masih belum boleh mendedahkan dengan siapa saya berkawan dan bila saya akan mendirikan rumahtangga kerana masih belum menerima lamaran berkahwin.

“Saya hanya berani untuk bercerita tentang hubungan itu selepas dilamar dan disarungkan cincin,” katanya kepada mStar Online.

Walau bagaimanapun, Reen, 28; juga mengakui terkesan apabila kawan baiknya seperti Ezzaty Abdullah dan Ika Nabila mendirikan rumahtangga.


“Bila kawan saya berkahwin, memang perasaan saya terkesan sedikit, tetapi apa yang boleh saya buat. Saya cuma minta doa yang terbaik untuk saya.

“In Sha Allah biasanya yang lambat tiba itu adalah yang terbaik bagi kita,” tambahnya – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori