Real Madrid Aibkan Liverpool

ANKARA – Kelab La Liga Sepanyol, Real Madrid meraih kelebihan dalam perlawanan pertama suku akhir Liga Juara-juara Eropah UEFA apabila menundukkan Liverpool 3-1 di gelanggang sendiri, lapor Sputnik.

Vinicius Junior menyumbat dua gol dan Marco Asensio turut menemui gawang untuk membolehkan tuan rumah meraikan kejayaan di stadium Estadio Alfredo Di Stefano di Madrid.

Mohamed Salah menyumbat gol saguhati buat pasukan Liga Perdana Inggeris itu.

Pada satu lagi aksi lapan terakhir, Manchester City menjinakkan Borussia Dortmund 2-1 di gelanggang sendiri.

Aksi perlawanan kedua suku akhir akan dilangsungkan pada 14 April. – BERNAMA