Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

3 Bekas MB Bergabung...

KUALA LUMPUR - Tiga bekas menteri besar Selangor akan bergabung bagi memastikan Barisan...

KPI PBT Johor Belanja...

JOHOR BAHRU - Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Johor dikehendaki mencapai petunjuk prestasi utama...

Penganjuran LTdL Akan Diteruskan...

KUALA LUMPUR - Penganjuran acara perlumbaan basikal berprestij di Asia Tenggara, Le Tour...

Uqasha Gembira Watak Jahat...

PELAKON cantik, Uqasha Senrose sememangnya tidak menyangka lakonan watak antagonisnya sebagai Puteri menerusi...

RCI Wang Kelian: 3 Lagi Kem Besar Ditemukan

PUTRAJAYA – Tiga lagi kem besar penempatan manusia berjaya ditemukan polis susulan berita pembongkaran kem di Wang Kelian, Perlis pada 2015.

Perkara itu didedahkan saksi ketujuh, Asisten Superitenden Jamaluddin Shah Mohd. Jawan kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai penemuan kem penempatan sementara dan kubur di Wang Kelian di sini hari ini.

Menurut beliau, ketiga-tiga kem itu ditemukan di lokasi dan waktu berbeza iaitu Genting Perah dan Taman Negara Negeri Perlis pada Mac manakala kali terakhir pula di Bukit Wang Burma pada Ogos dalam tahun sama.

Malah kata beliau, pihaknya selain itu juga menemukan enam rangka manusia dan 20 kubur di lokasi terakhir.

“Rangka ini dijumpai dalam keadaan tidak sempurna di bawah sebuah khemah yang diperbuat daripada kayu serta dikelilingi dipagari dawai kawat.

“Perkembangan ini sekali gus menjurus kepada penemuan 20 binaan kubur manusia,” katanya dalam sesi pendengaran awam RCI di sini, hari ini.

Jamaluddin Shah yang ketika itu pemangku jawatan Ketua Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar berkata, operasi pencarian semua kem itu dilakukan oleh Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis dan 69 Komando (VAT 69).

Ujar beliau, pihaknya mengesyaki wujudnya kem lain setelah melakukan siasatan terhadap satu buku nota dalam Bahasa Thailand yang ditemukan di kem penempatan Wang Kelian.


“Ia selain itu bagi memastikan tiada kawasan terlepas daripada pemeriksaan dalam mencari saki baki kem penempatan manusia,” katanya.

Sementara itu, Jamaluddin Shah berpandangan kewujudan kem tahanan sementara pendatang asing tanpa izin (PATI) yang dibina kerajaan Thailand di satu lokasi sempadan negara itu dan terlalu hampir dengan Perlis menjadi sempadan Malaysia mudah dibolosi kumpulan berkenaan.

Katanya, beliau membuat kesimpulan itu berdasarkan keterangan PATI ditahan yang memaklumkan mereka merupakan tahanan dari negara jiran.

“Malah Polis Thailand pernah mengakui tahanan PATI dari negara mereka melarikan diri ke sempadan Malaysia,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Kategori