Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

“Saya Lihat Ada Mangsa...

KUALA LUMPUR - "Saya lihat salah seorang mangsa wanita berusia awal 20-an yang...

Netizen ‘Sekolahkan’ Pengadu Beg...

MUNGKIN anda masih ingat luahan seorang pengguna laman sosial Facebook, Wong Kee Hock...

AS, Sekutu Lancar 27...

WASHINGTON - Amerika Syarikat dan sekutunya melancarkan 27 serangan udara terhadap sasaran IS...

FIFA Arah FAM Jawab...

KELANA JAYA - Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sudah mengarahkan Persatuan Bola Sepak...

RCI Forex: Anwar, Mahathir Belum Dipanggil – Polis

KUALA LUMPUR – Nama-nama yang bakal dipanggil bagi membantu siasatan dalam kes kemungkinan pecah amanah dan penipuan semasa kerugian pertukaran matawang asing Bank Negara Malaysia (BNM) pada tahun 1990-an lalu, adalah bergantung kepada keputusan siasatan polis.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, setakat siasatan masih dalam peringkat awal oleh kerana laporan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) itu baru sahaja diedarkan ke Dewan Rakyat semalam.

Oleh itu, beliau berkata orang ramai tidak seharusnya membuat spekulasi.

Ditanya sama ada polis akan menahan bekas perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, serta mantan menteri kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Daim Zainuddin tidak lama lagi, Fuzi berkata ini bergantung kepada keputusan siasatan.

“Laporan polis telah dibuat. Kami telah membentuk pasukan petugas dan siasatan sedang dijalankan.

“Ini adalah kes berprofil tinggi, kami akan menyiasat dan memaklumkan perkembangan (kepada orang awam) dari semasa ke semasa,” katanya.

Fuzi berkata siasatan telah diambil alih oleh pasukan petugas polis Persekutuan, yang diketuai oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Amar Singh.

Sebelum ini, Fuzi berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan kerana melanggar amanah jenayah.

‪Pada 15 Februari lalu, kerajaan mengumumkan penubuhan Pasukan Petugas Khas (PPK) yang diketuai bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan untuk menyiasat dakwaan skandal kewangan terbesar membabitkan kerugian berbilion ringgit dialami BNM dalam perdagangan mata wang asing pada 1990-an dan mengemukakan syornya.‬


‪Pada 21 Jun lalu, laporan akhir PPK mendedahkan wujud kes prima facie dalam kerugian urus niaga mata wang asing (forex) BNM.‬

Pasukan itu juga mendapati jumlah kerugian urus niaga berkenaan jauh lebih besar daripada angka dimaklumkan kepada Parlimen dan Jemaah Menteri lebih 20 tahun lalu.

PPK mengesyorkan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi mengakhiri isu ini demi masa depan negara.

RCI itu ditubuhkan khas untuk menyiasat skandal forex di bawah pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad manakala Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah Menteri Kewangan ketika itu.

Siasatan RCI yang dipengerusikan Mohd Sidek yang juga Pengerusi Petronas, dibantu Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Kamaludin Md Said; Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Datuk Seri Tajuddin Atan, pengerusi bersama Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (Pemudah), Tan Sri Saw Choo Boon dan anggota Institut Akauntan Malaysia, K. Puspanathan. – MYNEWSHUB.CC

Kategori