Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Gambar Palsu ‘I Want...

SEKEPING gambar yang dipercayai disunting memaparkan sekumpulan wanita berhijab menyentuh babi menjadi perbualan...

Selepas Ainaa, Paksu Hadiahkan...

RAMAI pembaca telah mengetahui kisah tangan mekanikal atau bionik adik Ainaa Amanda, 7 tahun...

Rakyat Perlu Yakin Potensi...

KUALA LUMPUR - Kejayaan ke arah mempunyai perkhidmatan‎ pengangkutan awam yang terbaik menjelang...

Berpanas, Angin Kencang Antara...

KUALA LUMPUR - Berpanas, dilanda angin kencang selain terpaksa melayan kerenah masyarakat adalah...

Rayuan Ditolak, PRN Sabah Diteruskan

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan dikemukakan 33 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berhubung keputusan Yang Dipertua Negeri Sabah membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 30 Julai.

Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil yang mengetuai panel tiga hakim yang juga dianggotai Hakim Datuk Abu Bakar Jais dan Hakim Datuk Supang Lian, turut menolak permohonan 33 ADUN berkenaan bagi penangguhan pelaksanaan keputusan hari ini sementara menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Berikutan keputusan itu, pilihan raya negeri akan berlangsung seperti dijadual.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 September bagi penamaan calon dan pengundian pada 26 September.

Hakim Abdul Karim memutuskan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin telah melaksanakan bidang kuasanya dengan betul mengikut Perlembagaan Sabah dalam membubarkan DUN.


Kesemua 33 ADUN berkenaan diketuai bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman, merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu menolak permohonan mereka bagi semakan kehakiman untuk mencabar keputusan yang dibuat Yang Dipertua Negeri pada 30 Julai.

Mahkamah membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan selama dua hari bermula kelmarin yang dikemukakan oleh peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin mewakili ADUN berkenaan; Peguam Besar Negeri Sabah, Brenndon Keith Soh mewakili Tun Juhar; peguam Datuk Cyrus Das mewakili Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan kerajaan negeri; dan Peguam Kanan Persekutuan, Suzana Atan mewakili SPR.

Musa dan beberapa wakil rakyat berkenaan hadir di mahkamah. – BERNAMA

Kategori