“Raya Tetap Raya”

KANGAR – Sambutan Aidilfitri tahun ini pasti berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini berikutan penularan wabak COVID-19, namun bagi sepasang suami isteri, ia tidak menghalang mereka daripada membuat persiapan perayaan itu yang ditunggu-tunggu umat Islam.

“Raya tetap raya,” kata Zainordin Nayan, 31.

Memasang pelita buluh atau lampu panjut di halaman rumah pada malam tujuh likur atau sepuluh malam terakhir Ramadan menjadi kemestian bagi Zainordin dan isteri, Hanafiza Hasnan, 30, setiap kali menjelang Aidilfitri.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Selain membuat pelita buluh untuk kegunaan sendiri, Zainordin yang bekerja sebagai penjual aiskrim turut menerima tempahan daripada orang ramai.

“Isteri saya mencadangkan agar saya menjualnya kepada penduduk kampung dan saya mula menjual pelita buluh empat tahun lalu, saya tidak menyangka akan menerima tempahan luar biasa pada tahun ini.

“Tempahan yang diterima pada tahun ini meningkat tiga kali ganda apabila saya menerima tempahan sebanyak 1,000 unit daripada orang ramai bukan hanya sekitar Perlis tetapi juga dari Kedah, Perak, Melaka dan Terengganu,” katanya.

Bapa kepada tiga orang anak itu berkata dia menerima tempahan sejak awal Ramadan dan kebanyakannya menerusi Facebook dan penghantaran dibuat menggunakan kurier.

Zainordin menggunakan buluh jenis beting atau juga dikenali sebagai buluh bisa yang dibeli dengan harga RM3 sebatang daripada jirannya.

“Saya dapat hasilkan tiga unit pelita bagi setiap batang buluh dan ia dijual pada harga antara RM10 dan RM12 setiap satu,” katanya.

Zainordin mengambil masa antara 10 hingga 15 minit menyiapkan satu unit pelita yang mempuyai empat sumbu dan dapat menghasilkan sebanyak 100 unit sehari.

Loading...