Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

OKU Dari Kolej Komuniti...

KUANTAN - Muhammad Safiuddin Rosli, pelajar Orang Kelainan Upaya (OKU) dari Kolej Komuniti...

Sudan Mula Hadapi Tekanan...

SUDAN yang kini memasuki hari keenam protes besar-besaran mula mendapat perhatian pihak asing,...

Pemergian Ismail Kamus Kehilangan...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan pemergian pendakwah terkenal,...

Skim Jaminan Baharu SJPP...

KUALA LUMPUR - Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Bhd (SJPP) menawarkan skim jaminan kerajaan, iaitu Skim Jaminan Modal...

Rawatan Unik Terapi Berkuda

KOTA BHARU – Terapi berkuda mampu membantu pesakit cerebral palsy (CP) terutama kanak-kanak membina keyakinan diri.

Pengerusi Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan (YOKUK), Datin Suliana Shamsuddin Alias berkata, ia teknik terbaik untuk merangsang deria dan keyakinan pesakit istimewa itu.

Berikutan itu, katanya, YOKUK menawarkan khidmat terapi berkenaan secara percuma kepada setiap pesakit memerlukan.

“Setiap pesakit akan menaiki kuda antara setengah hingga satu jam sehari, mengelilingi trek di pejabat YOKUK.

“Terapi ini bermanfaat untuk menguatkan tulang belakang pesakit apabila berlaku hentakan badan pesakit dengan badan kuda.

“Kita adakan perkhidmatan terapi ini setiap hari secara percuma, selain terapi lain yang mampu mengaktifkan OKU atau pesakit strok supaya dapat berdikari,” katanya.

Beliau ditemui selepas majlis Pelancaran Penajaan Terapi Berkuda Yayasan CIMB yang disempurnakan Pengarah Wilayah Yayasan CIMB, Ooi Gek Chu di sini, semalam.


Sementara itu, ibu kepada kanak-kanak CP berusia tiga tahun, Salina Saffin, 37, berkata anaknya, Suhail Uwais Sabaruddin menunjukkan perubahan selepas menyertai terapi berkuda itu.

Menurutnya, anak bongsu daripada tiga beradik itu dilahirkan sempurna tetapi tumbesarannya terencat selepas demam panas dan koma tiga hari.

Katanya, dia mendaftar anaknya menyertai fisioterapi di klinik swasta untuk tempoh bermula tiga bulan hingga setahun tetapi tidak mampu disebabkan kos yang tinggi.

“Ketika hampir putus asa, suami (Sabaruddin Hassan Basri, 38) syor kami cuba rawatan fisioterapi di YOKUK yang diberi secara percuma dan kini tumbesarannya menunjukkan perubahan terutama selepas menyertai terapi ini,” katanya. – myMetro Online

Kategori