Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Harga Hartanah Malaysia Terus...

KUALA LUMPUR – Harga hartanah di Malaysia terus mencatatkan kemerosotan dalam suku keempat...

Tiada Kaitan Kes Culik...

TEKA-TEKI mengenai penglibatan pemandu teksi dalam kes penculikan seorang kanak-kanak lelaki berusia lima...

Usah Politikkan Proklamasi Darurat...

KUALA LUMPUR - Pengisytiharan Proklamasi Darurat bagi mengekang pandemik COVID-19 tidak seharusnya dipolitikkan dan...

Obor KL 2017 Tiba...

KOTA KINABALU - Obor Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL 2017) akhirnya selamat...

Raub Dilanda Banjir, Sebuah PPS Dibuka

KUANTAN – Seramai 107 penduduk Kampung Ulu Atok di Raub, dipindahkan ke pusat pemindahan sementara selepas kampung mereka dinaiki air pada awal pagi tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang Kolonel (PA) Zainal Yusoff berkata operasi memindahkan mangsa bermula pada 2 pagi, dan mereka yang terdiri daripada 27 keluarga kini ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Ulu Atok.

“APM dimaklumkan kejadian banjir itu sekitar 1.50 pagi oleh ketua kampung berkenaan. Banjir dipercayai berlaku kerana hujan lebat yang berlarutan selama beberapa jam sebelum itu.

“Kampung tersebut terletak di kawasan rendah dan hujan lebat menyebabkan air sungai berhampiran melimpah,” katanya kepada pemberita dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Zainal menambah tiada mangsa yang cedera dan operasi pemindahan melibatkan agensi lain seperti polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. – BERNAMA

Kategori