Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Vida Cadang Bawa Mangsa...

KUALA LUMPUR - Pengasas syarikat produk kecantikan Vida Beauty Sdn. Bhd., Datuk Seri...

Perjelaskan Kaedah Berkesan Laksana...

Apabila Kementerian Pendidikan (KPM) membuat keputusan untuk memansuhkan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3), persoalan...

MATTA Fair 2019 Bukti...

KUALA LUMPUR - Ketika Pameran Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA Fair)...

VIDEO: Menakutkan.. Penumpang Terakam...

SEORANG penumpang yang dalam penerbangan dari Singapura ke Seoul, Korea Selatan mengejutkan ramai...

Ratusan Mat Rempit Diperiksa Di Butterworth

BUTTERWORTH – Ratusan mat rempit diarahkan menolak motosikal masing-masing sejauh tiga kilometer dari hentian Rehat dan Rawat (R&R) Bagan Ajam di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLLB) ke Balai Polis Butterworth selepas ditahan dalam Ops Samseng Jalan semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), ACP Noorzainy Mohd Noor berkata dalam operasi bermula pukul 4 petang hingga 2 pagi itu, sebanyak 545 buah motosikal diperiksa dan sebanyak 334 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas.

“Sebelum menjalankan operasi itu, pihak polis terlebih dahulu menjalankan intipan dan penyamaran dan kumpulan mat rempit berkenaan tidak menyedari aksi mereka diperhatikan kami.

“Kumpulan mat rempit itu dilihat mempamerkan aksi berbahaya dan ada yang membawa teman wanita untuk berlumba haram di lebuh raya berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Katanya dalam operasi bersepadu disertai 100 pegawai dan anggota polis dengan kerjasama penguatkuasa Majlis Perbandaraan Seberang Perai serta Agensi Anti Dadah Kebangsaan itu, pihaknya turut menahan dua mat rempit berusia 20-an kerana berlumba haram dan melakukan pelbagai aksi berbahaya.

Noorzainy berkata hasil pemeriksaan sebanyak 35 buah motosikal disita kerana pelbagai kesalahan antaranya tiada cukai jalan, mengubah suai tanpa kebenaran dan tiada lesen memandu.


Katanya dalam operasi itu juga, seramai 18 penunggang motosikal berusia 18 hingga 25 tahun turut ditahan kerana ujian air kencing positif dadah dan mereka disiasat menurut Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Sudah banyak kali Ops Samseng Jalanan dijalankan di kawasan itu tetapi kumpulan mat rempit berkenaan tidak serik malah mereka yang ditahan semalam pernah ditahan sebelum ini kerana kesalahan yang sama, lebuh raya tersebut masih menjadi tumpuan kegiatan mereka,” katanya.

Katanya operasi itu akan dijalankan dari semasa ke semasa dalam usaha membendung kegiatan tidak sihat itu daripada berlaku dan orang ramai juga digalakkan untuk menyalurkan maklumat sekiranya terdapat aktiviti yang membahayakan pengguna jalan raya yang lain. – BERNAMA

Kategori