Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Dua Pencari Kelubi Maut...

MUKAH - Gara-gara dikatakan mengganggu sarang ular dipercayai tedung hitam yang dikenali dengan...

Motosikal Keluar Api, Bengkel...

RENTUNG... Sebuah bengkel kenderaan hampir musnah apabila api kimpalan untuk menyambung ekzos motosikal...

Pengawal Keselamatan: Sri Lanka...

KUALA LUMPUR - Beberapa persatuan pengusaha syarikat pengawal keselamatan menyambut baik keputusan kerajaan...

Penyokong PH Desak Kerajaan...

KECOH... Penyokong Pakatan Harapan (PH) mendesak kerajaan "Malaysia Baharu" ambil tindakan segera ke...

Ratusan Berhimpun Bantah Keganasan Israel Di Al Aqsa

KUALA LUMPUR – Lebih 300 orang berhimpun secara aman di Jalan Tun Razak di sini, selepas solat Jumaat hari ini bagi membantah keganasan terbaharu Israel terhadap Masjid Al Aqsa.

Perhimpunan selama dua jam itu bermula 2 petang di bawah kempen ‘Selamatkan AlQuds’ dengan disertai oleh 21 Badan Bukan Kerajaan (NGO) seperti Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Muslim Care Malaysia, Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (Haluan) lain-lain.

Peserta perhimpunan sebelum itu berarak dari bangunan Lembaga Tabung Haji ke kedutaan Amerika Syarikat di sini untuk menyerahkan memorandum membantah keganasan Israel namun, tidak dibenarkan berhimpun di hadapan kedutaan itu.

Presiden Mapim, Azmi Abdul Hamid berkata hanya beliau dan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Prof Madya Dr. Hafidzi Mohd. Noor dibenarkan ke kedutaan itu untuk menyerahkan memorandum itu.

Memorandum itu bertujuan menggesa kerajaan Amerika Syarikat, yang juga sekutu kuat Israel, untuk mengambil tindakan berhubung peristiwa terkini di Masjid Al Aqsa.

“Kami serahkan memorandum itu kepada pengawal keselamatan di kedutaan itu kerana hanya dibenarkan berbuat demikian di situ.

“Kami membantah sekeras-kerasnya tindakan yang dibuat terhadap umat Islam di Palestin,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum berkenaan.


Azmi berkata perhimpunan itu diadakan untuk mendesak supaya dihentikan tindakan tentera Israel menutup kawasan Masjid Al Aqsa untuk umat Islam.

Pada 16 Julai lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Israel menutup Masjid Al-Aqsa.

Menurut laporan media, polis Israel menutup Masjid Al-Aqsa dan tidak membenarkan solat Jumaat diadakan selepas tiga penduduk Palestin dan dua polis Israel terbunuh dalam pertempuran bersenjata di perkarangan masjid itu. –  BERNAMA

Kategori