Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Sarawak Mahu Lebih Autonomi...

KUALA LUMPUR – Kerajaan Negeri Sarawak inginkan lebih kuasa autonomi dalam mentadbir negeri...

Waspada SMS Penipuan Guna...

PUTRAJAYA - Orang ramai diminta berwaspada dan tidak terpedaya jika menerima khidmat pesanan...

Perlombongan Bauksit Perlu SOP...

KUANTAN - Kesempatan daripada tempoh moratorium dikuatkuasa terhadap perlombongan bauksit di daerah ini...

KKMM Turut Terlibat Bangunkan...

KOTA BELUD - Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak...

‘Ratu’ Pun Terjerat

JAKARTA – Polis Daerah Jawa Timur mengesahkan dua peserta peringkat akhir rancangan Puteri Indonesia terbabit dalam sindiket pelacuran dalam talian seperti yang didakwa terhadap artis Vanessa Angel dan model Avriellia Shaqqila yang ditahan di Surabaya, baru-baru ini.

Puteri Indonesia ialah pertandingan ratu cantik Indonesia dengan pemenangnya mewakili negara itu ke Miss Universe.

Media Indonesia melaporkan, Ketua Polis Daerah itu, Luki Hermawan berkata, kedua-dua peserta Puteri Indonesia itu termasuk dalam senarai 45 artis dan kira-kira 100 model dikendalikan ejen dikenali sebagai Tantri serta Endang.

Penahanan kedua-dua ejen itu membawa kepada penahanan Vanessa dan Avriellia.

Menurut polis, Tantri dan Endang menyediakan artis serta dan model dengan bayaran lumayan sehingga Rp300 juta (kira-kira RM87,700) kepada pelanggan golongan kaya yang biasanya membawa mereka ke luar negara terutama Hong Kong dan Singapura.

Vanessa dikatakan menerima bayaran Rp80 juta (RM23,297) manakala Avriellia Rp25 juta (RM7,442).

Menurut laporan Antara, Luki berkata, dua finalis itu termasuk dalam senarai enam artis yang pihaknya mempunyai bukti kukuh terbabit dalam kegiatan berkenaan hasil soal-siasat terhadap Tantri dan Endang.

“Sudah ada enam. Sudah lengkap maklumatnya, termasuk nama-namanya,” katanya.


Luki bagaimanapun, enggan menyatakan nama artis terbabit namun menyatakan selain dua finalis Puteri Indonesia itu, dua lagi adalah pelakon sinetron yang disiarkan televisyen manakala dua lagi artis FTV (filem televisyen) seperti Vanessa atau model.

Mengenai identiti dua finalis Puteri Indonesia itu, Luki meyatakan mereka adalah finalis rancang berkenaan pada 2016 dan 2017.

Menurutnya, semua artis terbabit akan akan dipanggil untuk diambil keterangan sebagai saksi minggu depan.

“Jika tidak datang, kita panggil lagi. Masih enggan kita keluarkan waran tangkap,” katanya. – Agensi/myMetro Online

Kategori