Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Perkenal Pakej Rahmah...

KUALA LUMPUR : Inisiatif Payung Rahmah yang bermula dengan menu makanan, bakul makanan,...

Penyamaran SPAD Berjaya Perangkap...

GEORGE TOWN - Teknik penyamaran oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) berjaya menahan...

Kes Saman Anwar Terhadap...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 12 April untuk mendengar kes...

DMDI Desak PBB Tegas...

MELAKA - Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) mendesak agar Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) bertindak...

Rasuah: Setiausaha Politik Salahuddin Direman 4 Hari

PUTRAJAYA – Setiausaha politik kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub direman selama empat hari bermula hari ini selepas disyaki menerima suapan berbentuk seutas jam tangan jenama Omega dianggarkan bernilai kira-kira RM28,000 tahun lalu.

Perintah reman sehingga Jumaat ini dikeluarkan oleh Majistret Ahmad Asyraf Mohammad Kamal selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan.

Lelaki berusia 47 tahun itu tiba di Mahkamah Majistret di sini dengan memakai baju lokap SPRM kira-kira pukul 9.15 pagi dengan diiringi beberapa orang pegawai suruhanjaya itu.

Kosmo! Online semalam melaporkan, SPRM menahan lelaki berkenaan kira-kira pukul 5 petang semalam di Ibu Pejabat suruhanjaya itu ketika hadir memberi keterangan.

Menurut sumber, siasatan awal mendapati lelaki terbabit dipercayai menerima jam tangan mewah itu sebagai dorongan membolehkan sebuah syarikat pembangunan mendapatkan projek-projek di bawah kelolaan sebuah kementerian.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 dan SPRM akan mendapatkan perintah tahanan reman terhadap suspek esok di Mahkamah Majistret Putrajaya.


Sementara itu, Salahuddin dalam satu kenyataannya semalam menegaskan beliau tidak akan campur tangan dalam siasatan SPRM berhubung penahanan setiausaha politiknya.

Jelasnya lagi, beliau telah dimaklumkan mengenai perkara tersebut dan akan membiarkan undang-undang Malaysia menjalankan tanggunggjawab tersebut.

“Beliau (setiausaha politik) juga seperti rakyat Malaysia lain yang tertakhluk kepada undang-undang.

“Justeru, saya berpegang teguh kepada prinsip keluhuran undang-undang dan yakin serta percaya pihak SPRM akan menyiasat kes ini dengan adil dan bebas,” katanya. – K! ONLINE

Kategori