Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Lim Pertikai Kemampuan Kelantan...

KUALA LUMPUR - Menteri Kewangan, Lim Guan Eng hari ini mempertikaikan kemampuan Kerajaan...

DAP Ada Agenda Tersendiri...

MELAKA - DAP dilihat mempunyai agenda mereka yang tersendiri apabila mengambil langkah bekerjasama...

Rakyat Mexico Desak Kerajaan...

BANDARAYA MEXICO - Beribu-ribu penunjuk perasaan berarak di jalan raya utama di sini...

Ugut Sebar Gambar Bogel...

KUALA LUMPUR - Tindakan seorang penganggur memeras ugut untuk menyebarkan gambar bogel bekas...

Rasuah RM33.45 Juta: Bekas Pengerusi Mara Inc Bakal Didakwa

SHAH ALAM – Bekas Pengerusi Mara Incorporated Sdn Bhd (Mara Inc) bergelar Datuk akan didakwa dengan 22 pertuduhan selepas disyaki menerima rasuah RM33.45 juta hasil pembelian hartanah di Australia oleh Mara Inc.

Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Malaysia berkata, lelaki berusia 65 tahun itu akan didakwa di Mahkamah Sesyen Rasuah Kuala Lumpur pada Jumaat ini.

“Lelaki itu akan didakwa mengikut Seksyen 16 (a), 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 dan Seksyen 2(4) Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2010,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Menurutnya, lelaki itu disyaki menerima rasuah sebanyak RM33.45 juta hasil pembelian hartanah di Australia oleh Mara Inc.

“Siasatan SPRM bermula susulan pendedahan dibuat oleh sebuah portal antarabangsa yang melaporkan seorang rakyat Malaysia yang bermastautin di Australia telah didakwa atas tuduhan merasuah seorang pegawai warga asing dan empat lagi tuduhan akaun palsu berkaitan penjualan blok penginapan pelajar di Melbourne kepada Mara Inc,” katanya.


Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan individu terbabit.

“Lelaki itu ditahan kira-kira jam 11.30 pagi ini di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya dan beliau akan dihadapkan ke Mahkamah Jenayah Rasuah Jumaat ini,” katanya. – Sinar Harian

Kategori