Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Banjir: Hanya Satu PPS...

JOHOR BAHRU – Jumlah mangsa banjir di negeri ini kekal seramai 74 mangsa...

UIAM Muncul Juara Debat...

KUALA LUMPUR - Pendebat Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) muncul juara Kejohanan Debat...

Empat Rumah Rosak Dibadai...

ALOR SETAR - Empat rumah di Taman Wira Mergong rosak di bahagian bumbung...

NUTP Mohon Buku Teks...

KUALA LUMPUR - Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) memohon supaya Kementerian Pendidikan mengkaji...

Projek Terbengkalai Mukim Ijok, 2 Ditahan SPRM

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua suspek lelaki disyaki menerima rasuah berhubung jawatankuasa Bertindak Projek Terbengkalai Alam Mutiara dan Alam Utama di bawah Projek Rancangan Revolusi Hijau II & III Bukit Cherakah.

Kedua-dua mereka yang ditahan merupakan pengerusi dan timbalan pengerusi Jawatankuasa Bertindak Peneroka Fasa 1 dan 2 Mukim Ijok masing-masing berusia 75 tahun dan 66 tahun.

Menurut sumber, kedua-dua mereka ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada kira-kira 12.30 tengah hari ketika hadir untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan.

“Mereka disyaki menerima rasuah daripada syarikat perunding pampasan sebagai balasan untuk tidak melindungi kepentingan peneroka Fasa 1 dan 2 Mukim Ijok.


“Kedua-dua mereka menerima wang berjumlah antara RM70,000 hingga RM150,000 daripada syarikat perunding berkenaan bagi melakukan perkara berkenaan.

Sementara itu, Pengarah Kanan Jabatan Siasatan SPRM, Datuk Simi Abd Ghani ketika dihubungi mengesahkan kesemua penahanan berkenaan dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 16(A) Akta SPRM 2009.

Sebelum ini, tujuh individu termasuk tiga lelaki bergelar Datuk telah direman bagi membantu siasatan SPRM membabitkan kes berkenaan. – BERNAMA

Kategori