Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kanak-Kanak Cerdik Malaysia Ahli...

UNITED KINGDOM - Seorang kanak-kanak Malaysia yang menetap di United Kingdom (UK) mencipta...

Separuh Graduan Perubatan Di...

MAPUTO - Hampir separuh graduan fakulti perubatan universiti Mozambique tidak dapat menjalankan amalan...

Kesihatan Jantung Penting Untuk...

KUALA LUMPUR - Makan terlalu banyak benda manis boleh membunuh jantung! Penyakit Kardiovaskular...

BN Reda, Terima Kekalahan...

KUALA LUMPUR – Kekalahan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)...

Rasuah: Empat Anggota Polis Dipenjara, Denda

KUANTAN – Empat anggota polis dihukum penjara tiga tahun dan denda RM45,000 masing-masing selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM8,000, tiga tahun lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen Datuk Habibah Mohamed Yusof menjatuhkan hukuman itu ke atas Koperal Mazlan Mohd Noh, 36; Konstabel Mohd Firdaus Abdullah, 26; Koperal Mohd Juhairy Jamaludin, 33 dan Lans Koperal Mohd Azmie Majid, 31.

Beliau yang menjatuhkan hukuman itu selepas berpuas hati pembelaan tertuduh gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap pertuduhan juga merintahkan mereka menjalani hukuman penjara selama dua tahun, jika gagal menjelaskan denda.

Bagi pertuduhan pertama, kesemua tertuduh didakwa menerima rasuah berjumlah RM7,000 daripada Abdul Wahab Makhtar sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap anaknya Mohd Syafiq yang memandu lori tanpa permit dan lesen membawa kayu getah.

Mereka yang semasa itu bertugas di Balai Polis Muadzam Shah, Rompin dekat sini juga didakwa meminta rasuah RM1,000 daripada Abdul Wahab atas alasan yang sama.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan antara 2 hingga 4 pagi, 18 Dis 2014 di Kedai Makan Sri Muadzam Ikan Bakar, Rompin.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi.


Pada prosiding itu, Habibah juga membenarkan permohonan peguam Datuk Syed Azimal Amir Syed Abu Bakar yang mewakili kesemua tertuduh untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara kerana tertuduh berhasrat memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi.

Berikutan itu, beliau menetapkan jaminan ke atas semua tertuduh sebanyak RM5,000 yang ditetapkan sebelum ini dinaikkan kepada RM7,000.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Mohamad Fadhly Mohd Zamri yang mengemukakan 17 saksi sepanjang perbicaraan. – BERNAMA

Kategori