Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Foto Anak Harith Iskander...

PENGACARA dan pelawak Harith Iskander kini sudah boleh menarik nafas lega selepas gambar...

Pengasas SMMG Ditahan Reman

SIASATAN berterusan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman membawa kepada penahanan pengasas...

RCI Siasat Memali Ditubuhkan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersedia meneliti keperluan bagi menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI)...

Ismail Sabri Atau Hishammuddin...

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dikatakan akan memilih sama...

Rapid Bas Tubuh Pasukan Khas Tuntutan Insurans

KUALA LUMPUR – Rapid Bus Sdn. Bhd. (Rapid Bus) menubuhkan pasukan khas bagi mengendalikan tuntutan insurans susulan insiden membabitkan bas Rapid KL di AU2 Keramat malam tadi.

Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus, Mohd. Azam Omar berkata, pemilik kenderaan yang berhasrat untuk mengemukakan tuntutan boleh menghantar tuntutan mereka berserta dokumen berkaitan melalui e-mel ke alamat [email protected].

Beliau bagaimanapun memaklumkan bas Rapid KL yang terbabit dalam insiden di Jalan Enggang AU2 Taman Keramat malam tadi adalah dalam keadaan baik semasa digunakan.

“Berdasarkan kepada laporan polis yang dibuat malam tadi, insiden berkenaan bermula apabila bas tersebut terlibat dalam satu kemalangan jalanraya kecil di Jalan Enggang AU2 di Taman Keramat.

“Kapten bas dilaporkan meneruskan perjalanan sambil dikejar oleh sekumpulan orang awam.

“Semasa dikejar bas tersebut dilaporkan melanggar beberapa kenderaan di sepanjang jalan sehingga tiba di susur keluar Jalan Ampang ke Lebuhraya MRR2 di mana
kapten bas dilaporkan dipukul oleh beberapa orang awam,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.


Mohd. Azam berkata, pihaknya amat kesal terhadap insiden yang berlaku dan sedang bekerjasama sepenuhnya dengan pihak polis dan pihak berkuasa yang berkaitan untuk menyiasat insiden tersebut.

“Kami berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi sementara menunggu keputusan siasatan rasmi pihak polis,” katanya.

Beliau memaklumkan kapten bas tersebut masih menerima rawatan di hospital dan tiada orang awam yang dilaporkan cedera semasa kejadian tersebut. – MYNEWSHUB.TV

Kategori