Tuesday, April 16, 2024

Creating liberating content

Kajian Menunjukkan Anda Hanya...

MUNGKIN kadar 'friends' di laman facebook anda mempunyai jumlah yang ramai namun tahukah...

Cadangan Pembuli Digantung Sekolah...

KUALA NERANG - Kementerian Pendidikan mencadangkan agar pelajar yang membuli pelajar lain digantung...

‘Raja Bomoh’ Ibrahim Mat...

Setelah mengejutkan seluruh dunia dengan aksi aneh membawa 'teropong ajaib' dan 'tikar terbang'...

Perintah Berkurung Di ESSZone...

KOTA KINABALU - Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat...

Rapat Dengan Neelofa, Fattah Amin Belum Rancang Kahwin

KUALA LUMPUR – Pelakon Fattah Amin memberitahu dia belum memikirkan untuk melangkah ke fasa seterusnya selepas mengakui berkawan rapat dengan aktres Neelofa.

Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin, 26, berkata, buat masa ini dia mahu memberi fokus kepada kerjaya seni dan perniagaannya yang baharu mula bertapak.

“Buat masa ini tiada perancangan untuk menamatkan zaman bujang. Saya mahu fokus kepada kerjaya saya dan beberapa perniagaan serta tanggungjawab sebagai duta produk,” ujarnya.

Fattah ditemui pada majlis pelancaran pewangi AJ Parfum x Fattah Amin yang diadakan di sini, Khamis.

Dalam pada itu, ditanya tentang perkembangan hubungannya dengan aktres berkenaan, Fattah berkata, dia senang berkawan dengan wanita itu.

“Lepas habis drama itu kami memang ada berjumpa sesekali untuk berbincang fasal projek, klien dan kerjaya.

“Secara jujurnya saya suka berkawan dengan dia kerana dia tidak lokek untuk berkongsi pengalamannya dalam bisnes, semua orang tahu dia seorang usahawan yang berjaya,” ujarnya.


Dalam pada itu, Fattah yang dilantik sebagai duta pewangi lelaki dan wanita jenama AJ De’Parfum mengakui bau wangian tersebut menyenangkan.

Katanya, dia mengambil masa yang singkat menerima tawaran sebagai duta selama enam bulan itu.

“Saya cuba dahulu sebelum terima tawaran sebagai duta dan baunya memang sesuai dengan saya.

“Ia dijual pada harga berpatutan dan mampu milik iaitu RM65 sebotol, setakat ini bagi yang berminat boleh mendapatkannya di stokis-stokis kami seluruh negara termasuk Singapura dan Brunei,” ujarnya. – mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori