Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tidak Mungkin Jho Low...

GEORGE TOWN - Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador hari ini menolak laporan...

Kelindan Lori Maut, Tercampak...

DUNGUN - Seorang kelindan lori terbunuh selepas lori yang dinaikinya bertembung dengan sebuah...

Isu Bauksit Dibincang Pada...

KUANTAN - Isu berkaitan perlombongan bauksit dijangka akan dibincangkan pada Mesyuarat Jawatankuasa Kerajaan...

Persepsi PEKIDA Sebagai Kongsi...

KUALA LUMPUR: Persepsi negatif masyarakat yang menganggap Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia...

Ranking UniMAP Naik Dalam Universiti Asia

KRAKOW (Poland) – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) mencatatkan peningkatan dalam kedudukannya di Asia apabila berada pada ranking ke-201 dalam penarafan terbaharu oleh QS Rankings Asia baru-baru ini, berbanding kedudukan ke-223 tahun lalu.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah berdasarkan penarafan universiti yang diumumkan QS Rankings Asia pada Oktober lalu, universiti berkenaan melonjak 22 anak tangga kepada kedudukan terkini.

Tuanku Syed Faizuddin yang juga Canselor UniMAP mengumumkan pencapaian itu selepas mengetuai delegasi lawatan kerja universiti itu ke Jagiellonian University (JU) di sini pada Isnin.

Keberangkatan tiba baginda dan rombongan ke universiti tersohor berusia 654 tahun itu disambut Rektor JU Prof Wokciech Novak.

Dalam pertemuan itu, wakil kedua-kedua universiti itu antara lain membincangkan pelbagai peluang kerjasama yang boleh dilaksanakan.

Baginda diiringi Naib Canselor UniMAP Prof Datuk Dr Zul Azhar Zahid Jamal serta Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) Prof Mohd Fo’ad Sakdan, dan rombongan itu turut dibawa meninjau kemudahan yang terdapat di universiti itu termasuk di Collegium Novum dan Confucius Institute.


Berangkat sama anakanda kedua baginda Puteri Sharifah Farah Adriana Jamalullail.

Lawatan kerja ke JU adalah antara kegiatan sempena Program Jelajah Ilmu UniMAP Siri ke-14 selama empat hari ke Poland yang bermula Isnin.

JU diasaskan pada 1364 oleh Casimir III The Great. Ia merupakan universiti tertua di Poland, kedua paling awal diwujudkan di Eropah Tengah dan salah sebuah universiti paling lama masih beroperasi di dunia. – BERNAMA

Kategori