Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Vaksinasi Pelajar Sekolah Bermula...

KUALA LUMPUR - Sekolah yang mempunyai kurang daripada 1,000 pelajar, akan disatukan dengan...

Kucing Ini Sensasi Gara-Gara...

SEEKOR kucing bernama Weston sensasi di Internet apabila aksinya bersama-sama pemiliknya meluncur salji...

PM Arah Polis Dan...

SERDANG - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan Angkatan Tentera Malaysia...

PRN Melaka, Johor Babit...

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor yang ke-15 membabitkan...

Rangka Manusia Di Kuarters Terbiar

MUAR – Misteri kehilangan seorang lelaki sejak dua tahun lalu terjawab apabila rangkanya ditemui di kuarters kerajaan yang sudah lama tidak berpenghuni di Jalan Pesta, Bakri, pada jam 6.30 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip, berkata polis menerima panggilan daripada orang awam berhubung penemuan rangka manusia.

“Sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar bersama Pasukan Forensik dari Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) kemudiannya ke lokasi berkenaan.

“Setakat ini tiada sebarang perlakuan berunsurkan jenayah ditemui di lokasi kejadian. Pihak polis juga menemui kad pengenalan berhampiran rangka manusia berkenaan yang mana waris kepada individu berkaitan turut tampil dan mengesahkan kad berkenaan adalah milik ahli keluarganya yang dipercayai hilang sejak dua tahun lalu,” katanya dalam kenyataan media.

Zaharudin berkata, pihak polis akan melakukan bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian dan pengesahan identiti mangsa.


“Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR). Sehubungan itu, pihak polis memohon kerjasama semua pihak untuk tidak menyebarkan apa jua bentuk maklumat berhubung penemuan rangka manusia terbabit bagi mengelak sebarang spekulasi berkaitan kejadian berkenaan.

“Tindakan tidak bertanggungjawab itu hanya boleh membangkitkan keresahan dan salah erti dalam kalangan masyarakat,” katanya. – BH Online

Kategori