Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Pitt Hanif Selamat Dikebumikan

JENAZAH Allahyarham Mohd Firdaus Mohd Hanif, 43 atau Pitt Hanif selamat dikebumikan di...

4 Daerah Di Perak...

IPOH – Jumlah mangsa banjir di Perak yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara...

Farahdhiya Sindir Netizen Lepas...

SEKEPING foto yang dimuat naik pelakon dan penyanyi Farahdhiya ketika menghadiri majlis di...

Lanjut Skim Perumahan Belia...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan melanjutkan Skim Perumahan Belia yang dikendalikan oleh Bank...

Ramli Mahu Berkhidmat Kepada 30,000 ‘Bos’

“KEUTAMAAN saya ketika ini adalah memberikan perkhidmatan kepada semua warga Cameron Highlands,” kata Ahli Parlimen Cameron Highlands yang baharu dipilih, Ramli Mohd Nor.

Katanya, selepas rakyat Cameron Highlands memilih dan menyatakan keyakinan mereka, kini adalah masa untuk beliau mula bekerja.

“Kerja sudah pun bermula dan kini saya mempunyai seramai lebih kurang 30,000 ‘bos’ (pengundi) yang perlu diberikan khidmat.

“Saya nak lihat dan selesaikan masalah mereka baik daripada segi kemudahan awam, pengangkutan awam, kesesakan lalu lintas dan pembangunan ekonomi mereka,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di Pasar Pagi Tanah Rata, hari ini.

Lawatan itu adalah kunjungan pertama Ramli selepas secara rasmi dipilih sebagai Ahli Parlimen, semalam.

Dalam pada itu, ditanya mengenai sejauh nana sokongan pengundi Cina terhadapnya, Ramli berkata, perkara terbabit bukan lagi isu kerana dia sudah pun dipilih sebagai Ahli Parlimen.


“Sebagai Ahli Parlimen, saya perlu berkhidmat kepada mereka sama ada mereka menyokong saya atau tidak.

“Tak banyak yang saya boleh katakan mengenainya, tetapi sebagai Ahli Parlimen yang dipilih tanggungjawab utama adalah memberikan perkhidmatan terbaik tidak kira siapa pun mereka,” katanya. – myMetro Online

Kategori