Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Honda Sasarkan Jualan Sebanyak...

PETALING JAYA - Honda Malaysia menyasarkan jualan 100,000 unit tahun ini atau peningkatan...

Radius Operasi Cari Pesawat...

JAKARTA - Radius operasi pencarian pesawat Lion Air yang memasuki hari ketiga hari...

Permohonon MyKas Digantung Tular...

TAWAU - Jabatan Pendaftaran Negaara (JPN) Cawangan Tawau menghentikan sementara pemprosesan kad pengenalan Pemaustatin Sementara...

Parlimen Batu: MIC, MCA...

KUALA LUMPUR : Isu perebutan kerusi Parlimen Batu antara MIC dan MCA selesai...

Ramai Sangat Yang Bodoh, Melayu Kena Fikir Rasional

MENGAKUI bahawa hubungan kaum masih merupakan masalah utama menjelang ulang tahun pertama kerajaan Pakatan Harapan (PH), Daim Zainuddin berkata, oarng Melayu perlu “berfikir secara rasional” dan tidak terpedaya dengan naratif yang dijaja oleh pemimpin UMNO.

Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan itu berkata, beliau memang menjangka pembangkang yang diketuai UMNO akan mengapi-apikan sentimen perkauman.

Perkembangan itu tidak mengejutkan dalam keadaan kesetiaan politik orang Melayu kini berpecah 5, iaitu kepada PPBM, PKR, Amanah, PAS dan UMNO.

“Pembangkang akan sentiasa mengeksploitasi dan mengambil kesempatan, dan cara paling mudah ialah menggunakan kaum dan agama,” kata Daim kepada ruangan This Week Asia, akhbar South China Morning Post (SCMP), Khamis.

Katanya, cabarannya ialah meyakinkan orang Melayu tentang keadaan ekonomi negara yang buruk yang ditinggalkan oleh bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak apabila kerajaan pimpinannya ditumbangkan tahun lepas.

“Siapa curi duit? Kamu masih mahukan mereka (kerajaan Najib)? Silakan,” Daim dilaporkan berkata.

“Kementerian Kewangan beli (aset Tabung Haji) RM19 bilion. Kamu tak suka? Ada yang tak kena. Oh (UMNO kata) MOF dikuasai orang Cina. Cina apa? Ini kerajaan Pakatan Harapan. Kamu kena berfikir secara rasional. Hanya orang bodoh percaya semua ini. Ada ramai sangat orang bodoh yang berkeliaran agak saya.”

Bagaimanapun menurut SCMP, di pihak satu lagi, pemimpin UMNO berkata, perbuatan memanggil mereka dengan gelaran buruk-buruk tidak akan menghalang mereka daripada bercakap tentang kaum dan politik.

Ia memetik bekas ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Razlan Rais yang berkata bahawa walaupun beliau menerima Dr. Mahathir sebagai pemimpin yang dihormati dalam kalangan orang Melayu, tetapi negarawan veteran itu “sangat berbeza” semasa berkuasa buat kali ke-2 sekarang.

“Kami terima, beliau bapa pembangunan, tetapi beliau kini bekerjasama dengan DAP, mereka menguasainya,” kata Razlan kepada akhbar yang berpangkalan di Hong Kong itu.

SCMP juga memetik anggota Majlis Tertinggi UMNO, Lokman Noor Adam yang berkata, “DAP menang (pilihan raya umum lepas) kerana mereka buktikan kepada orang Cina bahawa hanya mereka yang bersedia menentang orang Melayu, dan hanya mereka yang sanggup memperjuangkan hak sama, yang bercanggah dengan perlembagaan.”


Bagaimanapun, peguam Syahredzan Johan, yang merupakan ahli DAP berkata, UMNO kini berada dalam keadaan terdesak berikutan kekalahannya dalam pilihan raya umum 9 Mei itu.

Beliau berkata, selain mengecam UMNO, pemimpin PH tidak menyerang balik secukupnya.

“Naratifnya ada, ia menarik, tetapi ia juga tidak benar…kita tidak membantu diri sendiri dengan tidak melawan balik dan berkata bahawa ini bukan kerajaan DAP. Ini kerajaan konsensus,” katanya.

Pemimpin PH memberitahu SCMP, tanggungjawab itu terletak di bahu pemimpin parti komponen untuk meningkatkan keyakinan orang Melayu kepada kerajaan gabungan itu.

“Pengundi Melayu mahu melihat pemimpin Melayu melindungi dan mempertahankan hak orang Melayu…anda perlu dilihat berbuat demikian,” kata ketua Wanita PKR, Haniza Talha.

Setiausaha agung PPBM, Marzuki Yahya berkata, kerajaan perlu mengingatkan pengundi Melayu tentang salah laku pentadbiran Najib.

“Barisan Nasional dan UMNO lah yang menyerahkan aset negara kepada negara asing, terbabit dalam rasuah..itu paling teruk.

“Orang Melayu harus bersatu menentang rasuah bersama-sama kerajaan sekarang,” kata timbalan menteri luar itu lagi. – FMT

Kategori