Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

Ahli Perniagaan Rugi Hampir...

MIRI - Seorang ahli perniagaan di sini kerugian RM28,548 apabila ditipu oleh seorang...

ESSCom Berjaya, Keselamatan Di...

KOTA KINABALU - Kesiapsiagaan dan langkah-langkah yang dilaksanakan pihak Kawasan Keselamatan Khas Pantai...

Wanita Kahwini Patung Zombi

MASSACHUSETTS - Seorang wanita memilih jalan berbeza dalam mencari pasangan hidup apabila ‘berkahwin’...

Mayat Tanpa Kepala &...

Ketika sedang berjoging dan bersenam di Jalan Kebun Bunga, Pulau Pinang, seorang wanita...

Ramai Percaya Tohmahan Fitnah Jahat Pembangkang

BAGAN DATUK – Tohmahan dan fitnah yang berulang kali dilemparkan pembangkang terhadap pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) telah mengakibatkan ramai orang percaya dan terpengaruh dengan berita-berita tidak benar bagi memburukkan kerajaan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kaedah memutar belit berita tidak benar oleh pembangkang yang diulang-ulang, dikitar semula sesuatu berita palsu itu dengan mengguna pakai teori Menteri Propaganda Nazi Hitler pada era Perang Dunia Kedua akhirnya boleh meresap dalam fikiran rakyat.

“Apabila sesuatu yang batil ini diulang-ulang dan terus diulang tayang, ianya mengikut teori Menteri Propaganda Hitler bernama (Joseph) Goebbels mengatakan jika sesuatu fitnah, tohmah ataupun sesuatu yang bidaah, jika diulang-ulang maka akhirnya termasuk dalam minda khalayak.

“Jadi inilah yang sedang mereka lakukan kitar semula isu-isu dan juga melontarkan tohmahan yang berbagai-bagai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pecah tanah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Bagan Datuk di sini hari ini. Turut hadir Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Azhar Abdul Manaf.

Ahmad Zahid yang juga penyandang kerusi Parlimen Bagan Datuk berkata sebaliknya pendekatan kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memastikan setiap janji dalam manifesto Barisan Nasional (BN) yang terdahulu ditepati.

Katanya kerajaan telah meneliti dan mengambil kira semua pendekatan termasuk kejayaan dalam pelaksanaan terdahulu bagi membuat manifesto BN menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Jelasnya ini dibuktikan apabila Jawatankuasa Kabinet Meneliti Aku Janji PRU13 yang dipengerusikannya mendapati, pencapaian kerajaan menepati janji adalah sebanyak 99.4 peratus sekali gus menyerlahkan komitmen kerajaaan dalam merealisasikan apa yang telah dijanji.

Ahmad Zahid juga berkata janji pakatan pembangkang untuk menghapuskan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), Projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) adalah sesuatu yang tidak realistik, janji yang tidak berpijak dibumi nyata serta tiada kemunasabahannya.

“… Penghapusan GST, penghapusan ECRL, penghapusan pembayaran PTPTN dan sebagainya tidak realistik (dan) apabila semua pembayaran ini dihapuskan (maka) tidak ada pendapatan untuk negara, ia suatu perbelanjaan yang tidak seimbang daripada aspek kewangan negara,“ katanya.


Dalam pada itu, mengenai pembinaan MRSM Bagan Datuk, Ahmad Zahid berkata beliau akan sering memantau serta turun padang melihat perkembangan projek pembangunan yang dilaksanakan.

Katanya tindakan sering memantau projek yang dilakukannya itu pastinya akan dipandang buruk segelintir pihak seperti kontraktor dan perunding pembinaan yang beranggapan itu merupakan sikap buruknya.

“Ramai kontraktor dan konsultan bila saya terlibat secara aktif melihat (projek) pembangunan setiap waktu, mereka tidak suka tetapi saya mahu tahu sejauh mana perkembangan, adakah senarai semakan diikuti, garis masa dipenuhi.

Saya juga mahu tahu adakah kontraktor yang dilantik itu berwibawa, saya mahu tahu kualiti bahan berkenaan serta yang penting saya mahu tahu adakah ada pemotongan harga yang tidak boleh dikompromi langsung,” katanya.

Jelasnya tindakan yang dilakukannya bertujuan untuk memastikan agar tiada rakyat menjadi mangsa dengan keuntungan lebih dikaut pihak kontraktor.

“Kalau itu dimanifestasi sebagai perangai buruk, saya lakukan bukan untuk diri saya tetapi saya mahu jaga rakyat saya kerana tidak mahu rakyat dimangsakan.

Fahamilah keadaan ini mudah-mudahan sama-sama kita majukan bukan hanya di Bagan Datuk malah seluruh Perak dan negara,” katanya. – BERNAMA

Kategori