Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Kronologi Peristiwa Kes Liwat...

KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Berikut ialah peristiwa berkaitan kes liwat kedua...

Peranti Oppo Anda Original...

SEJAK insiden rusuhan yang berlaku di plaza Low Yat, jenama produk terkenal dari...

Teknik Pembelajaran Perlu Diolah...

MELAKA - Institusi pendidikan perlu mengolah semula teknik pembelajaran dan pengajaran mereka agar...

SPRM Sabah Tahan 8...

KOTA KINABALU - Lapan Penolong Pegawai Perubatan Hospital Queen Elizabeth 1 ditahan Suruhanjaya...

Ramai Maut, Sakit Makan Tembikai Wangi Australia

KECOH… Sekurang-kurangnya tiga orang disahkan maut manakala 12 lagi individu jatuh sakit selepas dijangkiti wabak listeria yang kini mula tular melanda seluruh Australia.

Pihak berkuasa kesihatan negara itu berkata, wabak tersebut dikaitkan dengan buah tembikai wangi yang banyak ditanam di sekitar negeri New South Wales (NSW), dalam satu kenyataan menerusi laman web rasminya.

Identiti syarikat pengeluar produk tani terbabit namun masih dirahsiakan lagi dan difahamkan telah pun diarah untuk menghentikan operasi pengeluaran tembikai itu bagi membantu siasatan dijalankan pihak berkuasa.

Berdasarkan laporan laman sesawang NSW Health, kesemua mangsa secara kebetulan merupakan warga emas dan wabak berkenaan telah merebak dengan begitu pantas dari negeri Victoria hingga ke Tasmania.

“Kami mengesahkan bahawa 13 daripada 15 kes mengalami gejala sama dan kemudian jatuh sakit selepas memakan tembikai wangi,” kata Pengarah Penyakit Berjangkit NSW Health, Vicky Sheppeard dipetik media tempatan.

Orang ramai yang mudah terdedah kepada penyakit listeriosis harus buang buah tembikai wangi dibeli sebelum 1 Mac. Pihaknya juga memberi jaminan bahawa semua tembikai wangi yang tercemar telah ditarik balik dari pasaran.


Orang ramai yang mengalami simptom seperti selesema, loya, cirit-birit digesa segera mendapat rawatan di mana-mana hospital atau klinik kesihatan berhampiran kediaman mereka dengan secepat mungkin.

Bakteria listeria mudah menjangkiti mereka dengan daya ketahanan badan yang lemah seperti warga emas, bayi baru lahir dan wanita hamil. Jenis makanan yang terdedah kepada listeriosis termasuk semua jenis tembikai.

Malah ia turut dikesan dalam salad sejuk, makanan laut mentah, ikan salmon salai, produk susu tidak dipastur dan cendawan mentah, menurut laporan Pihak Kesihatan Makanan NSW. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori