Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Dasar Gaji Minimum Tak...

KUALA LUMPUR - Dasar gaji minimum bukan faktor yang merosakkan ekonomi Malaysia, kata...

Jika Bukan Penyanyi, Siti...

BAGI yang mengikuti perkembangan penyanyi nombor satu negara Dato’ Siti Nurhaliza mesti perasan diva...

Ibu Bapa Perlu Terima...

PUTRAJAYA - Semua pihak terutama ibu bapa perlu menerima perubahan dalam sistem pendidikan...

Lelaki Uganda Miliki Dadah...

PETALING JAYA — Seorang lelaki warganegara Uganda dipenjara lapan tahun dan 10 sebatan...

Ramai Mahasiswa Sanggup Terima Rasuah – PKR

KUALA LUMPUR – Peningkatan peratusan pelajar universiti yang sanggup menerima dan memberi rasuah berdasarkan kajian Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) amat membimbangkan.

Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Tan Kar Hing berkata, Kajian Persepsi Keberkesanan Tindakan Pencegahan Rasuah pada 2016 menunjukkan 16 peratus daripada 1,000 mahasiswa yang menjadi responden sanggup menerima rasuah jika mempunyai peluang dan kuasa.

“Perhatian serius wajar diberikan ke atas golongan mahasiswa kerana mereka merupakan tulang belakang pentadbiran dan pembangunan negara pada masa hadapan.

“Mereka ini sepatutnya menjadi pembela rakyat terutamanya golongan miskin supaya tidak ditindas dan membantu meningkatkan taraf hidup rakyat apabila mereka mempunyai kuasa,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Kar Hing berkata, beliau turut bimbang melihat statistik kelompok berusia 40 tahun ke bawah merekodkan perlakuan rasuah paling tinggi dengan 55 peratus tangkapan adalah daripada kelompok berkenaan.


Justeru, beliau mencadangkan supaya program Gerakan Revolusi Anti Rasuah (Gerah) diperluaskan ke peringkat insitusi pengajian tinggi awam dan swasta. – MYNEWSHUB.CC

Kategori