Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

PRK Rompin & Permatang...

KUALA LUMPUR - Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan Parlimen Rompin dan Permatang...

Sultan Nazrin Shah Hargai...

IPOH - Sultan Nazrin Shah bertitah baginda amat menghargai peranan pelbagai agensi dan...

Setengah Juta Penduduk India...

GUWAHATI: Lebih 500,000 penduduk meninggalkan kediaman masing-masing di Assam, timur laut India untuk...

KM Sabah Terima Kunjungan...

KOTA KINABALU - Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini...

Ramai ‘Datuk Palsu’ Takut Kena Tangkap

PETALING JAYA – Gara-gara kegiatan menjual dan membeli anugerah, gelaran atau darjah kebesaran semakin membimbangkan, pihak berkuasa bakal mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat dengan aktiviti ini.

Ketua Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Datuk Seri Michael Chong telah dibanjiri dengan panggilan daripada mereka yang mungkin akan berdepan hukuman penjara akibat membeli anugerah atau gelaran tidak diiktiraf.

Ramai yang tidak dapat menerima hakikat bahawa tindakan mereka yang selama ini menipu orang ramai dengan membawa gelaran ‘Datuk’ palsu akan sampai ke penghujungnya.

Chong berkata ada di kalangan mereka yang tidak tahu bagaimana mahu berhenti daripada menggunakan gelaran ini dan tidak tahu bagaimana untuk berdepan masyarakat.

“Ada yang tanya kepada saya apa yang perlu dilakukan dan saya beritahu mereka supaya berhenti menggunakan gelaran itu dengan segera.

“Mereka juga telah memalukan isteri-isteri mereka yang dipanggil Datin,” katanya.

Di bawah Akta Kesalahan Yang Berhubungan Dengan Anugerah 2016 yang diluluskan oleh Parlimen pada November lalu mereka yang membeli atau cuba untuk menjual anugerah palsu berdepan hukuman sehingga 20 tahun penjara.

Chong berkata walaupun anugerah yang diberikan oleh negara-negara lain mungkin bukan palsu, ramai rakyat Malaysia tidak menyedari bahawa mereka tidak boleh menggunakan gelaran itu di dalam negara.

Beliau menambah, gelaran yang meragukan ini telah ditawarkan oleh ejen.

Katanya, beliau sendiri telah ditawarkan dengan gelaran ini tetapi sentiasa menolaknya.

“Saya tidak mahu walaupun ia percuma,” katanya.

Chong berkata ejen-ejen ini tidak pernah menggunakan kata-kata seperti ‘menjual’ atau ‘membeli’ gelaran.


Sebaliknya, bagi mereka yang berminat, mereka telah diminta untuk menghulurkan derma atau sumbangan bagi anugerah yang diterima.

“Sumbangan ini adalah ‘enam angka’ dan terdapat juga pelan ansuran untuk beberapa anugerah Datuk palsu,” katanya.

Beliau berkata mereka ini tertipu dengan prospek pakaian kebesaran, pakaian seragam dan iklan ucapan tahniah di akhbar.

Chong juga mendedahkan bahawa warga asing, termasuk warga China yang bekerja di Malaysia juga telah membeli gelaran meragukan ini.

Beliau turut menyokong undang-undang baharu yang diperkenalkan kerana ia dapat mengelakkan lebih ramai orang daripada tertipu.

Sementara itu, Bukit Aman akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang menjual gelaran palsu, kata Datuk Acryl Sani Abdullah Sani.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman itu berkata mereka yang terlibat dalam aktiviti yang menyalahi undang-undang akan menerima akibatnya.

“Kami akan menguatkuasakan undang-undang tanpa rasa takut atau pilih kasih.

“Jika ada laporan mengenai aktiviti-aktiviti tersebut, kami akan memburu mereka dan mengambil tindakan yang perlu mengikut undang-undang,” katanya. – mStar Online

Kategori