Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

‘Tiada Tarik Diri, Halau-Menghalau’...

"TIADA sebarang kejadian tarik diri daripada pertunjukan fesyen mahupun halau-menghalau," demikian kenyataan pihak...

Israel Dijilat Api, Netanyahu...

TEL AVIV - Rejim Israel terpaksa 'tebal muka' meminta bantuan negara jiran untuk...

Terence Gomez Letak Jawatan...

PETALING JAYA - Ahli ekonomi, Edmund Terence Gomez meletak jawatan sebagai ahli panel...

Warga Indonesia Berpura-Pura Hilang...

KUANTAN – ​​​​​Seorang wanita warga Indonesia yang gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri kepada...

Ramai Berang MRT Singapura ‘Teruk’ 4 Hari Berturut-Turut

SINGAPURA – Ketika negara jirannya ‘ceria’ meraikan pelancaran laluan Transit Aliran Massa (MRT) antara Sungai Buloh dan Kajang, lain pula kisahnya di Singapura yang jauh lebih maju.

Ramai penumpang dilaporkan meluahkan kekecewaan mereka menerusi laman media sosial ekoran kelewatan perjalanan sistem kereta api itu yang berlaku buat empat hari berturut-turut di Laluan Utara-Selatan (NSL).

Kelengahan itu hanya disebabkan oleh masalah isyarat di Stesen MRT Woodlands dan pintu platform di Stesen MRT Bishan sejak Selasa lalu selain akibat kerosakan landasan dari Woodlands ke Ang Mo Kio pada awal Jumaat.

Menurut akhbar percuma popular tempatan, TODAY, masalah tersebut meskipun berlaku dalam tempoh kurang dua jam, namun ia menyebabkan ramai pengguna berang apabila mereka terpaksa lewat tiba ke stesen destinasi.

Insiden menjadi lebih parah pada Khamis apabila netizen dilaporkan mengeluh kerana tiada pemberitahuan yang diumumkan firma pengendali MRT menerusi wadah media sosialnya menyebabkan ramai terpinga-pinga di stesen.

TODAY melaporkan, kejadian berlaku pada sekitar 6.40 pagi, apabila sebuah tren mengalami masalah isyarat dan kemudian dipandu sendiri oleh seorang pegawai pada had kelajuan lebih rendah menghala ke stesen Jurong East.

Naib Presiden Perhubungan Korporat Singapore MRT, Patrcik Nathan mendedahkan dalam satu kenyataan bahawa kereta api itu sudah pun ditarik balik daripada terus berkhidmat bagi menjalani pemeriksaan yang lebih lanjut.

Kemudian, pada kira-kira pukul 8.20 pagi, sebuah pintu platform di stesen Bishan juga mengalami masalah, sekali gus turut melengahkan kereta api yang kebetulan sedang melakukan perjalanan rutin ke arah Marina South Pier.

“Kesan gabungan bagi kedua-dua masalah ini di laluan sama semasa waktu sibuk pada sebelah pagi telah berjaya menyebabkan masa untuk para penumpang menunggu menjadi lebih lama,” kata Nathan dipetik media tempatan.


Namun, pihak Singapore MRT tidak memberikan sebarang maklum balas mengenai isu mengapa mereka tidak pula mengeluarkan sebarang pemberitahuan awal melalui platform media sosial bagi dua insiden pelik tersebut.

Nathan sebaliknya hanya menjawab bahawa “pengumuman semasa dalam tren dan di stesen MRT telah dibuat bagi memberi perkembangan terkini. Kami meminta maaf atas sebarang kesulitan kepada penumpang yang terjejas.”

Kelewatan terbaharu pada Jumaat mencetuskan kritikan mengenai tahap kecekapan operasi MRT di republik itu yang konon setanding dengan negara maju sehingga ia menjadi bahan jenaka ramai pengguna tempatan sendiri.

Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dan Singapore MRT menyatakan pada Rabu bahawa sistem isyarat kereta api di NSL, yang kini sedang diuji, bakal mengambil masa selama beberapa bulan sebelum perkhidmatan kembali stabil.

Sebilangan penumpang yang kesal akibat tidak dimaklumkan dengan isu kelewatan jadual perjalanan agar dapat membuat perancangan terlebih awal juga menyuarakan perasaan kecewa mereka menerusi laman Twitter.

TODAY turut melaporkan, beberapa pengguna Twitter yang lain turut mengadu tentang masalah komunikasi dan perkembangan terkini yang tidak mencukupi pihak MRT melalui wadah online. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori