Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

Katakan Tidak Kepada Perjanjian...

SINGAPURA - ASEAN perlu terus mengembangkan pasarannya dengan menyertai Perjanjian Perdagangan Bebas seperti...

APMM Tahan Kapal Berlabuh...

JOHOR BAHARU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan sebuah kapal tanpa muatan...

Dasar Pengambilan Pekerja Korea...

KUCHING - Pengambilan pekerja asing dari Korea Utara diteruskan mengikut tatacara sedia ada...

Barcelona Sah Suarez Boleh...

LONDON - Penyerang baharu Barcelona, Luis Suarez dapat beraksi dalam La Liga menentang...

Ramai Amal Senaman Pelik Gantung Leher

BEIJING – Sebahagian pesara di China kini mengamalkan senaman ekstrem iaitu menggantung leher mereka pada pokok dengan tali kerana yakin kaedah itu berkesan untuk merawat sakit belakang.

Oddity Central melaporkan senaman pelik itu semakin menjadi amalan kecergasan warga emas di wilayah Liaoning, China sejak beberapa tahun kebelakangan ini. 

Ia heboh diperkatakan selepas tularnya gambar dan video menunjukkan sekumpulan warga emas menggantung leher mereka pada tali sambil menggerak-gerakkan badan mereka dalam bentuk bulatan.

Lazimnya, mereka akan menggantung tali itu pada pokok di taman atau pada palang tempat bersenam dan mengakui latihan itu sebagai rutin kecergasan terbaik.

“Rutin itu sudah menyembuhkan masalah sakit tulang belakang saya.

“Saya kini tidak perlu mengambil ubat lagi,” kata seorang wanita warga emas yang menggantung leher sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari kepada Pear Video.


Rutin senaman itu diperkenalkan oleh lelaki berusia 57 tahun, Sun Rongchun dari Shenyang dan dikatakan membantu meredakan sakit leher dan dia dapat tidur lena.

Dia gembira dengan hasilnya dan kemudian mengesyorkannya kepada orang lain.

Rutin senaman itu dikatakan boleh membantu meregangkan tulang belakang serviks dan leher. 

Bagaimanapun, pakar memberi amaran bahawa dakwaan itu tidak mempunyai bukti saintifik, malah latihan dilakukan boleh menyebabkan kecederaan serius pada tulang belakang. – Agensi

Kategori