Ramadan Era ‘New Normal Pasti Sukar – Dr Zulkifli

SHAH ALAM – Menteri Di Jabatan Perdana Menteri ( Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengakui menyambut Ramadan tahun ini dengan cara kebiasaan baharu atau “new normal” pastinya agar sukar.

Menurutnya, tahun ini merupakan pertama kali dalam sejarah, umat Islam seluruh dunia termasuk Malaysia akan menyambut Ramadan dalam era ‘new normal’ atau kebiasaan baharu susulan wabak koronavirus (Covid-19) yang melanda.

Beliau menjelaskan new normal yang dimaksudkan itu adalah tiada solat solat fardu berjemaah, solat Jumaat dan solat tarawih berjemaah di masjid dan surau bagi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan kerajaan.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

“Tidak ada juga majlis berbuka puasa di masjid dan surau dalam tempoh PKP, begitu juga moreh selepas selesai solat tarawih. Alternatifnya hidupkan ibadah dan tradisi Ramadan kita di rumah.

“Kita semua hendak beribadah dalam Ramadan sebagaimana sedia kala kerana ia adalah usaha memelihara agama (hifz aldin) dalam maqasid al-syariah. Namun, memelihara nyawa (hifz al-nafs) juga adalah penting ketika ini,” katanya dalam satu perutusan khas hari ini.

Namun, Zulkifli yakin apa yang berlaku ada hikmahnya sambil berpesan agar umat Islam di Malaysia menjaga hubungan kekeluarga dan agama serta mematuhi PKP ketika diuji dengan penularan wabak itu.

Zulkifli yang juga bekas Mufti Wilayah Persekutuan itu berkata, rakyat perlu sentiasa positif dan bersyukur meskipun agar sukar untuk membiasakan diri dengan kebiasaan baharu dalam menjalani ibadah puasa pada kali ini.

Oleh itu, beliau menyeru orang ramai sentiasa positif dan bersyukur kerana terdapat orang lain sedang bergelut dengan kehidupan mereka.

“Positif dan sentiasa bersyukur. Itulah tema bagi Madrasah Ramadan pada diri saya bagi tahun ini. Someone, somewhere, right now is fighting for his or her life. You still have yours, so be thankful and spend it in the obedience of ALLAH,” katanya.

Beliau secara peribadi mahukan Ramadan yang terbaik untuk umat Islam di negara ini dan bersyukur kerana orang ramai memahami dan bersama-sama berjuang memutuskan rantaian wabak COVID-19.

Beliau berkata, semoga dengan ketibaan Ramadan pada kali ini akan menatijahkan taqwa dalam hati sanubari kita sehingga mendapat mardhatillah (mendapat reda ALLAH) yang akhirnya melayakkan kita menjadi hamba yang rabbani (hamba yang berjaya menurut ajaran Islam)

Zulkifli turut memberi kata-kata semangat kepada petugas barisan hadapan agar lebih kuat dalam menjalani ibadah puasa serta menjalani tanggungjawab kepada negara demi memastikan kesejahteraan seluruh rakyat.

“Kepada frontliners, sesibuk mana pun anda, jangan lupa untuk bersahur. Pada sahur itu ada barakah. Anda perlu kuat untuk kami, demi negara.

“Kepada ibu-ibu di rumah, jangan lupa ajak sekali suami dan anak-anak menyiapkan menu sahur. Barulah meriah dapur di awal pagi.

“Pastikan ada peluang walaupun sedikit untuk menunaikan solat tahajud. Bilakah saat terakhir kita sekeluarga sama-sama menunaikan solat tahajud dan bermunajat kepadaNya.

“Saya yakin, dengan Ramadan new normal ini, kita boleh sama-sama laksanakannya. Jangan lupa doakan untuk Malaysia,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Ramadan adalah bulan yang amat istimewa kerana di dalamnya diturunkan al-Quran yang menjadi petunjuk buat sekalian manusia.

“Ramadan adalah bulan ujian kepada kita. Ujian untuk menjaga akhlak dan tutur kata. Mungkin kita penat beratur di pasar raya, letih menunggu dalam kereta bila lalu road block atau marah kepada sesiapa sahaja. Ingat, ALLAH bersama dengan orang-orang yang sabar,” katanya.

Loading...