Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Perkataan Kaligrafi Syahadah Punca...

HANYA kerana ayat kalimah Syahadah, semua sekolah di Augusta County, Virginia, Amerika Syarikat...

Najib Hadir Sambutan Aidilfitri...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menghadiri majlis...

Tiada Keperluan PKPD Seluruh...

KOTA KINABALU - Tiada keperluan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di...

Tuntutan RM1.69 Bilion LHDN...

BANGI – Dakwaan hilang kelayakan sebagai ahli Parlimen sekiranya gagal membayar tunggakan cukai...

Ralat Tolak Drama Mr. Grey, PU Riz Gigih Bina Nama

DISEBABKAN terikat dengan pengajian, Pencetus Ummah (PU) Riz Ismail masih berasa sedikti ralat kerana terpaksa menolak tawaran berlakon dalam drama popular, Mr. Grey.

Menurut pemilik nama sebenar Muhammad Haris Mohd Ismail, dia telah ditawarkan untuk melakonkan watak Ilhan Arsyad yang dibawa oleh Shah Iskandar tetapi impiannya untuk terus bergelar pelakon dalam drama berkenana terpaksa dilupakan apabila dia perlu meneruskan pengajiannya di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

“Terkilan juga kerana tidak dapat berlakon, apatah lagi drama itu mendapat sambutan hangat penonton. Tetapi, saya terima ia bukan rezeki kerana dalam hidup ini, tidak semua yang kita mahukan sekelip mata berada dalam genggaman,” katanya dipetik daripada portal BH Online.

Tambah Riz, dia akui bahawa pelajaran itu merupakan satu perkara utama yang perlu dia dahulukan iaitu meneruskan perjuangan di UIAM dalam jurusan Undang-Undang.

Bagaimanapun, baru-baru ini, bekas peserta Pencetus Ummah musim keempat itu telah muncul dalam drama kelip Kelip Kota London dan baginya, tidak semua produksi sudi bertolak ansur dan memahami komitmennya sebagai seorang pelajar universiti.

https://www.instagram.com/p/Bg2c9qqhWd0/?taken-by=pu_rizz

“Saya hanya berlakon ketika cuti semester. Sedikit sebanyak, ia membataskan saya mencari peluang. Mujur ada beberapa produksi yang sedia menawarkan ruang mengasah bakat seperti Zeel Production.

“Sebelum ini, saya sempat menjayakan drama Geng Tadarus yang diterbitkan Pena Creative. Itupun saya terpaksa membahagikan masa. Insya-Allah, awal Ramadan ini, saya akan menjayakan penggambaran drama Anugerah Cinta Aisyah, ujarnya lagi.


Selain bergelar Pencetus Ummah, Riz turut mencuba nasib dalam program pencarian pendakwah lain iaitu Akademi Sahur Asia atau AKSI Asia 2017 di jakarta.

Proram berkenaan turut disertai oleh peserta dari negara Singapura, Indonesia dan Brunei Darussalam.

Walaupun nasib tidak menyebelahi pemuda berusia 23 tahun itu, dia tetap bersyukur kerana kehadirannya telah disedari oleh ramai produser dalam masa yang sama menawarkaan peluang lakonan kepadanya.

“Selepas tamat perjuangan di AKSI Asia 2017, saya ditawarkan berlakon empat telefilem di sana. Saya turut diberikan peranan utama dalam telefilem, Permintaan Suami Terakhir Di Bulan Ramadan,” tambahnya lagi.

Ketika kemunculannya dalam telefilem Dosa Perempuan, ramai penonton berasa agak tidak senang dengan penglibatannya dalam dunia seni kerana menganggap dia bagaikan tidak sesuai menjadi seorang pelakon hanya disebabkan dirinya terlebih dahulu telah dikenali sebagai pendakwah.

Mujur pemuda itu tidak mudah melatah dan dia turut berharap agar peminat tidak terlalu cepat menjatuhkan hukum ataupun menuduh dia lupa diri. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori